Thursday, January 07, 2016
Najib Akan Bentang Pengubahsuaian Kepada Bajet 2016
PUTRAJAYA : Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau
akan membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 tidak lama lagi
supaya lebih realistik dengan keadaan pada tahun 2016.
Perdana Menteri berkata pengubahsuaian itu akan melibatkan beberapa
aspek untuk dilakukan penentukur semula supaya lebih realistik pada
2016.
Berucap pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan di sini hari ini,
beliau berkata ia antara lain akan melibatkan langkah-langkah tambahan
penegasan baru mengoptimumkan perbelanjaan, peranan syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) dan meneruskan perjuangan kerajaan untuk kesejahteraan
rakyat.
“Pembentangan ini akan dibuat dalam masa terdekat ini,” katanya.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata bagi menangani cabaran
pada 2016, tindakan lebih responsif dan tegas perlu diberi perhatian
bukan sahaja oleh Kementerian Kewangan tetapi juga oleh kerajaan, GLC
dan juga rakyat keseluruhannya.
“Tahun ini merupakan tahun yang begitu mencabar dan kita perlu
menguruskan sumber-sumber dengan cekap dan mencapai tahap optimum.
“Kita perlu bersiap sedia dan memikirkan cara terbaik untuk memastikan keadaan ekonomi kita mampan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment