Sunday, January 10, 2016
Jahat Betul Itu Belum Jadi Presiden US Lagi.... Trump Halau Wanita Berhijab
WASHINGTON : Kelantangan calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald
Trump mengutuk kegiatan pengganas selain sikap anti Islam ditunjukkan
apabila menghalau seorang Muslimah pada majlis anjuran parti Republikan.
Wanita Islam bertudung itu diarah keluar kerana didakwa mengganggu ucapan ahli perniagaan terkemuka itu di South Carolina.
Rose Hamid, 56, diiringi dua anggota polis hanya kerana tindakannya
berdiri semasa Trump dengan lantang menuduh pelarian Syria telah
bergabung dengan kumpulan militan IS.
"Saya hanya diam dan berdiri sebagai tanda protes.
"Semasa diarah meninggalkan dewan, penyokong Trump bersorak gembira
malah salah seorang daripada mereka bertindak keterlaluan dengan menuduh
saya membawa bom," kata Rose.
CNN melaporkan, semasa menyertai kempen itu, Rose dilihat memakai baju T dengan tulisan "Salam, saya datang dengan aman".
Sebelum ini, Trump terkenal dengan sikapnya anti migran pernah mencadangkan supaya umat Islam dilarang masuk ke AS.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment