Sunday, January 10, 2016
Syabaslah.... Idris Jusoh Ikrar Bela Nasib Pelajar Lapar
BESUT : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memberi jaminan
akan memastikan nasib pelajar di universiti awam yang mempunyai masalah
kewangan hingga menyebabkan mereka kelaparan akan terbela.
Beliau juga pada masa sama telah mengeluarkan arahan kepada pihak
pentadbiran universiti termasuk Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) dan
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) mengenal pasti setiap pelajar yang
menghadapi masalah kewangan dan melaporkan segera kepada beliau dan
pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
"Saya sendiri bagi komitmen akan memastikan jika ada pelajar yang lapar saya sendiri pastikan mereka tidak akan berlapar lagi.
"KPT juga sudah keluarkan arahan jika ada pelajar-pelajar yang lapar dan
tidak dapat makan sila buat aduan kepada KPT dan pihak universiti,
Insya-Allah nasib setiap seorang akan terbela," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan dan
perasmian Makmal Sains NBOS-PILS KPT kepada Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Tengku Mahmud 2, dekat sini, Ahad.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, Ketua
Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Asma Ismail, Pengarah
Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pengetua SMK Tengku
Mahmud 2, Che Zainon Che Salleh.
Idris yang juga Anggota Parlimen Besut mengambil maklum isu pelajar
terpaksa mengikat perut di universiti akibat masalah kewangan berikutan
kos sara hidup yang tinggi adalah isu yang besar dan kini isu berkenaan
menjadi viral di laman media sosial Facebook.
Bagaimana pun katanya isu tersebut tidak wajar diperbesarkan di media
massa memandangkan pihak KPT dan universiti sentiasa mengutamakan
kebajikan para pelajar dan telah melakukan pelbagai inisiaif bagi
membantu dan membela nasib pelajar yang terlibat.
Beliau juga sekali lagi menegaskan terdapat pelbagai bentuk pembiayaan
yang disediakan bagi membantu kewangan para pelajar seperti Tabung
Pendidikan Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), kad siswa, zakat, tabung
kebajikan dan wakaf.
"Peluang pekerjaaan dalam kampus turut diwujudkan dengan kadar RM3
hingga RM10 sejam seperti menjadi tutor atau bekerja di kafe. Jadi saya
harap tidak ada pihak yang memanipulasi isu ini," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment