
Sunday, January 10, 2016
TPPA Akan Dimeterai Pada Feb Dengan Atau Tanpa Malaysia – Mustapa

KUALA LUMPUR : Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
(TPPA) akan dimeterai pada Februari, dengan atau tanpa Malaysia, kata
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Kami menjangka perjanjian itu dimeterai pada Februari dan kami
akan membentangkannya di Dewan Rakyat pada 27 Januari dan Dewan Negara pada
28 Jan bagi pengundian,” katanya kepada pemberita selepas menganjurkan
sesi pendengaran awam bersama usahawan kecil dan sederhana di sini, hari
ini.
Terdahulu, diumumkan New Zealand, satu dari 12 anggota TPPA,
dijangka menjadi tuan rumah majlis menandatangani perjanjian utama itu.
Negara-negara TPPA membentuk hampir 40 peratus daripada keluaran
dalam negara kasar dunia dan satu pertiga daripada perdagangan global.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment