
Tuesday, January 12, 2016
Janji Apa Yang Amanah Tepati Sangat Tu??

Parti Amanah Negara (Amanah) bagaikan masuk bakul angkat sendiri,
apabila mengaku parti mereka jauh lebih baik dari Pas. Menurut Amanah,
parti mereka lebih mulia dari Pas kerana berpegang teguh pada janji.
Tidak seperti Pas yang memungkiri janji ‘sehidup semati’ mereka.
Perbalahan diantara dua parti itu kembali hangat apabila sindir
menyindir bersambung kepada satu episod baru. Kali ini bertemakan
Pakatan Harapan pula. Saling membezakan parti mana yang lebih
memperhambakan diri mereka kepada pakatan pembangkang itu.
Pelikk…. Jadi orang suruhan pun seronok ek??? Ahli Parlimen Shah Alam,
Khalid Samad berkata Amanah lebih boleh dipercayai kerana selama tiga
bulan lebih parti mereka ditubuhkan, parti tersebut tetap setia dengan
pakatan itu.
Kadang-kadang kelakar jugak dengan perangai ahli parti Amanah ni.
Awal-awal boleh la cakap setia, nanti lama-lama bila dah tak tahan jadi
‘anjing’ DAP dan PKR, baru la dorang terhegeh-hegeh ikut jejak langkah
Pas. Sekarang ni kononnya Amanah tengah bangga la sebab boleh tunjuk
kesetiaan dalam pakatan tu.
"Ingat kami macam kamu? Perjanjian boleh dilanggar kerana ‘tak dimeterai di hati’?
“Kami pegang pada janji. Hancur Umno,” kata Khalid melalui tweet akaun
twitternya. Khalid memberi respon di atas kenyataan Pengarah,
Penyelidikan Operasi PAS, Mohd Zuhdi Marzuki yang mendakwa Pakatan
Harapan tidak mungkin dapat bertahan.
Memang benar apa yang dikatakan Zuhdi, Pakatan Harapan tidak lama lagi
bakal hancur kerana setiap tindakan dan keputusan yang dorang ambil
langsung takde kesepakatan. Semuanya berlaku kerana keterpaksaan parti
pakatan lain.
Maknanya tidak lama lagi Pakatan Harapan akan hancur seperti mana
Pakatan Rakyat musnah dahulu. Sekarang ini Amanah mungkin masih dapat
menerima cara DAP, tapi selepas ini jika Amanah tidak bersetuju dengan
DAP, pasti mereka akan bertindak seperti Pas.
Ye lah, DAP mana nak pentingkan hal-hal agama Islam, orang kafir tu mana
tahu soal agama Islam.
Kalau tidak, Pas dan DAP tak bergaduhlah soal
hudud di Kelantan. Jadi Amanah tak payah nak bangga sangat dapat jadi
‘anak angkat’ dalam Pakatan Harapan. Sekejap je dapat bertahan tu…
Tengok la nanti kalau tak percaya!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment