
Tuesday, January 12, 2016
Calon Melayu Hanyalah Barua Untuk DAP Memenangi PRU 14 Nanti

Menurut seorang penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizudin Mohd
Sani, DAP akan meletakkan lebih ramai calon Melayu pada Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14), sebagai strategi meraih undi orang Melayu terhadap
parti cina kiasu itu.
Sejauh manakah kebenaran DAP akan meletakkan calon melayu lebih dari
calon kaum mereka sendiri?? Apa yang pasti, mereka hanya meletakkan
calon Melayu ditempat tertentu untuk memancing undi, kononnya mahu
menunjukkan parti terbabit bukan sebuah parti yang racist.
Seperti yang kita lihat, kedudukan tertinggi dalam parti cina kiasu itu
dimonopoli oleh kaum mereka sendiri... Jika benar DAP bukan sebuah parti
yang racist, sudah pasti kedudukan tertinggi parti itu turut diisi
dengan orang Melayu yang buta perut.
Selain itu, bila ditanya mengapa kedudukan tertinggi DAP tidak diisi
orang Melayu, DAP menuding jari kepada Umno dengan mengatakan Umno
sebenarnya parti racist dan bukan DAP kerana Umno tidak mempunyai ahli
selain dari kaum Melayu.
Beginilah jadinya jika pemimpin DAP tidak memahami bahasa Melayu...
Sudah dijelaskan bahawa Umno merupakan sebuah parti orang Melayu, dan
sudah tentu ahli-ahlinya 99% orang Melayu dan kedudukan tertinggi parti
itu diisi oleh kaum Melayu.
Jika orang cina mahu menyertai Umno, ia tidak menjadi masalah buat parti
dan jika orang cina itu mahukan kedudukan, Umno akan menyerapkan orang
tersebut kedalam parti MCA yang merupakan rakan sekutu Umno.
Oleh demikian, kita menasihatkan orang Melayu yang menyertai DAP supaya
tidak bermimpi untuk menduduki jawatan tertinggi dalam parti tersebut,
apatah lagi jika mahu bertanding menggunakan tiket DAP.
DAP tidak sama sekali akan memberi peluang kepada anda untuk merasai
jawatan tertinggi parti tersebut. Dan untuk makluman semua, orang Melayu
yang menyertai parti cina kiasu hanyalah dijadikan sebagai 'barua'
untuk DAP memenangi PRU akan datang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment