
Tuesday, January 12, 2016
KJ Mahu Jadi 'Superhero' Selamatkan Mahasiswa??

Benarkah kerajaan menzalimi mahasiswa dengan membiarkan mereka kebuluran
sepanjang melanjutkan pelajaran mereka??? Bukankah telah banyak bantuan
yang disalurkan kepada mahasiswa oleh kerajaan dan pihak tertentu??
Jika disebut satu persatu bantuan yang diberikan, rasanya mahasiswa
tidak akan kebuluran, malah dengan bantuan terbabit mereka mampu
menamatkan pelajaran setiap semester dengan jayanya.
Punca sebenar mahasiswa menjadi kebuluran adalah mereka terlalu ghairah
dengan wang yang diterima, sehingga sanggup membeli barangan yang tidak
penting dan menghabiskan wang tersebut dengan bersuka ria bersama rakan.
Lihat sajalah bila mahasiswa menerima wang bantuan oleh mana-mana pihak,
mereka sanggup membeli 'Iphone' untuk ditayangkan kepada rakan-rakan
mereka bahawa mereka mampu memakai telefon yang menjadi kegilaan orang
ramai.
Bukan itu saja, bila wang bantuan telah diterima, maka bermulalah projek
untuk 'makan angin' bersama teman seperjuangan kononnya mahu 'release
tension' ekoran penat belajar.
Seterusnya, yang menyebabkan mahasiswa terpaksa kebuluran, bila mereka
telah menghabiskan wang bantuan untuk kekasih hati dengan membawa
kekasih berjalan-jalan, serta membeli hadiah kononnya sebagai tanda
percintaan.
Perkara-perkara seperti inilah, yang menyebabkan mahasiswa terpaksa
kebuluran... Lepas tu, mulalah buat dakwaan kononnya bantuan yang
diberikan kecil jumlahnya dan tidak setanding dengan kos hidup sara diri
sekarang.
Jadi, kita nak bagi nasihat kepada 'Rembau Warrior' Khairy Jamaluddin,
supaya tidak berpura-pura menjadi 'superhero' kepada mahasiswa yang
kononnya terbeban dengan kos sara hidup ni, kerana pelbagai bantuan
telah disalurkan kepada mereka.
Andai kata Khairy masih mahu menjadi 'superhero' kepada mahasiswa yang
'manja' ini, apa kata Khairy saja yang menaja perbelanjaan
mahasiswa-mahasiswa ini agar mereka boleh bersuka ria dengan wang
bantuan yang diterima. Amacam KJ???
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment