Sunday, January 10, 2016
Kejayaan GST, Lim Guan Eng Hampir Gila
Harga minyak dijangka terus kekal rendah pada tahun ini yang akan
mendatangkan masalah kepada kewangan dan ekonomi negara pada
keseluruhannya, namun ia dapat diselamatkan dengan kejayaan Cukai Barang
Dan Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada April tahun lepas.
Kutipan GST yang dianggarkan meningkat kepada RM39 bilion pada tahun ini
dapat menampung penyusutan pendapatan kerajaan yang dianggarkan lebih
RM30 bilion melalui hasil minyak.
Defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan lagi 3.1 peratus pada tahun ini jika tiada GST.
Projek-projek pembangunan seperti jalan raya, hospital, sekolah dan
sebagainya kepada rakyat masih dapat dilaksanakan di atas kejayaan
pelaksanaan GST walaupun negara sedang berdepan dengan krisis harga
minyak dunia.
Begitu juga dengan subsidi-sudsidi yang diberikan oleh kerajaan terutama
subsidi perubatan yang merupakan subsidi yang besar dari kerajaan iaitu
sebanyak RM12.9 bilion atau 98 peratus daripada bajet kementerian
setahun, di mana pesakit hanya membayar baki sebanyak dua peratus
sahaja.
Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memanfaatkan 4.7 juta isi
rumah dan 2.7 juta individu bujang dengan peruntukan RM5.9 bilion masih
diteruskan untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup
yang melampau.
Menbidas satu kenyataan dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim guan Eng,
yang berkata GST hanya menyelamatkan Datuk Seri Najib, bukannya rakyat.
Ianya satu kenyataan yang seakan-akan dari orang yang hampir gila atau
kurang waras kerana, tidak dapat menilai sejauh mana kejayaan GST dalam
menampung keadaan ekonomi negara yang bermasalah dilanda krisis harga
minyak dunia.
Kerajaan terus komited memberi kesenangan kepada rakyat walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tak menentu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment