
Sunday, January 10, 2016
PAS Tidak Mahu Lagi Berunding Dengan Gabungan Pakatan Harapan

Ekoran penat dibuli oleh rakan sekutu dan sering bertolak ansur dalam
segala perihal gabungan parti pembangkang, Timbalan Presiden Pas dalam
satu kenyataan menegaskan, parti Islam itu tidak lagi akan berunding
dengan mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
Apakah PAS baru nak sedar ke selama ni Pas hanya menjadi 'alat' kepada
parti pembangkang??? Khususnya kepada DAP, bagi membolehkan Pakatan
memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
Elok juga laa Pas dah menegaskan mereka tidak lagi akan berunding dengan
mana-mana parti dalam Pakatan... Baru DAP dan PKR tahu yang Pas juga
banyak 'berjasa' membantu mereka memenangi kerusi pada PRU lalu.
Rasanya lagi bagus jika Pas terus putuskan hubungan dengan PKR... Sebab
PKR pun duk jadi 'remote control' DAP je... Kalau betul PKR menganggap
Pas rakan sekutu, sudah tentu PKR akan mempertahankan Pas dan akan
mengajak Pas untuk bersama gabungan Pakatan baharu.
Selain itu, jika benar PKR menganggap Pas sebagai rakan sekutu, sudah
pasti PKR akan mempertahankan waki-wakil Pas yang dipecat di bawah
kerajaan DAP Pulau Pinang, tapi apa yang dilakukan PKR adalah mereka
menyokong dan mendesak DAP Pulau Pinang untuk memecat wakil Pas di
negeri itu.
Bukan itu saja, mengenai pelaksanaan hukum hudud yang mahu dilaksanakan
Pas, PKR juga tidak menyokong sama sekali dengan pelakya dan menentang
habis-habisan hukum Islam itu.
Lagipun, Pas nak berunding dengan Pakatan untuk apa lagi?? Pas pun
bukannya 'ahli' PH... Dalam PH tu pun ada musuh utama Pas... Takkan Pas
nak bersengkokol dengan musuh?? Mesti tidakkan??
Dari Pas terus berunding dengan PH, lebih baik Pas berunding dengan Umno
bagi mengukuh kerajaan berlandaskan syariah Islam yang sememangnya
ditentang PH, lebih-lebih lagi parti cina kiasu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment