
Sunday, January 10, 2016
PAS Tidak Akan Mati Tanpa Pakatan Harapan

Mesti puak-puak pembangkang tak puas hati dengan kenyataan Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang... Mana tidaknya Presiden PAS menganggap
Pakatan Harapan (PH) celah gigi je untuk PAS tewaskan... Hahaha.
Lagi la puak-puak pembangkang tak puas hati, Presiden PAS tu boleh kata
Parti Amanah Negara (PAN) senang je nak di ayam-ayamkan... Betul juga
apa yang dikatakan Hadi pasal PAN ni... PAN ni cuba parti suruhan PKR
dan DAP je, memang senang laa PAS nak ayam-ayamkan... Hahaha.
Bukan itu saja,turut membuat puak-puak pembangkang ini tak puas hati,
bila Presiden PAS mendabik dada dengan mengatakan parti Islam itu tetap
akan hidup dan tidak akan mati walaupun tidak bersama gabungan PH.
Huh... Pedas betul kenyataan Tuan Presiden ni... Mesti berdesup telinga
puak-puak pembangkang kan?? Tak berdesup telinga tak sah laa puak-puak
pembangkang ni... Hahaha.
Kononnya dengan menyingkirkan PAS dari gabungan Pakatan akan menyebabkan
PAS merayu-rayu dan menghentikan semangat mereka untuk melaksanakan
hukum Islam, tetapi DAP dan PKR silap bahawa PAS mampu berdiri sendiri
tanpa mengharapkan sebarang pertolongan.
Tindakan mereka menendang PAS dari Pakatan telah membuatkan PKR tidak
senang duduk, walaupun tempat PAS itu telah digantikan dengan parti
serpihan PAS, kerana PKR mengetahui kekuatan parti Islam itu kepada
gabungan parti pembangkang.
Lihat sajalah di Selangor, PKR mempertahankan PAS dengan terus
mengekalkan wakil PAS dalam kerajaan negeri, walaupun sering didesak
oleh pemimpin PKR dan PAN supaya dipecat dan mengikut langkah DAP Pulau
Pinang.
Selain itu, tawaran yang dibuat Umno kepada PAS tahun lalu turut
menyebabkan PKR kecut perut, kerana takut PAS akan menerima tawaran
tersebut sekaligus akan menutup pintu kerjasama diantara dua parti
terbabit.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment