Sunday, January 10, 2016
PAS Tidak Goyah Dengan Perjanjian Pakatan Harapan - Hadi
KUALA SELANGOR : PAS tidak mempedulikan perjanjian Pakatan Harapan dan
langkah tersebut bukanlah satu ancaman kepada parti Islam itu, kata
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"PAS adalah parti yang paling berpengalaman di Malaysia dan berkembang
lebih kukuh kerana ia telah wujud sejak zaman sebelum kemerdekaan.
"Tetapi pakatan bukan sesuatu yang baharu, ada banyak jenis pakatan ditubuhkan sejak 60 tahun yang lalu.
"Ada yang rebah dan mati, ada yang telah runtuh dan tidak pernah bangun,
tidak seperti kita. PAS telah berkembang lebih kukuh dari hari ke
hari," kata Presiden PAS itu kepada media selepas melancarkan jentera
pilihan raya Selangor di sini, Ahad.
Hadi juga berkata, PAS tidak takut dengan parti serpihan mereka iaitu Parti Amanah Negara.
"Kita telah berhadapan dengan parti-parti politik yang jauh lebih besar
pada masa lalu, termasuk parti yang mendapat sokongan daripada Kerajaan
Persekutuan, seperti Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti
Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim)," katanya.
PAS menjadi satu daripada komponen Pakatan Rakyat sejak 2008.
Antara bekas pemimpinnya telah meninggalkan PAS dan menubuhkan Amanah selepas dituduh sebagai mesra DAP.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment