Sunday, January 10, 2016
Panassss !!!!! Ahli PAS Dilarang Hadir Majlis Amanah Dan DAP
PETALING JAYA : Ahli PAS kini 'dilarang' daripada menghadiri mana-mana
majlis atau acara berkaitan Parti Amanah Negara (Amanah) atau DAP, kata
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.
Katanya, setiap ahli juga perlu memohon kebenaran daripada Jawatankuasa
Kerja PAS Pusat terlebih dahulu untuk menghadiri program anjuran
mana-mana parti politik lain.
Menurut pekeliling oleh Takiyuddin kepada ahli-ahli parti pada Ahad,
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah membuat keputusan itu semasa
mesyuarat pada Jumaat untuk 'mengekalkan perpaduan parti dan untuk
mengelakkan perlanggaran perlembagaan dan arahan parti'.
Kenyataan itu mengarahkan supaya arahan itu disampaikan kepada ahli parti di semua peringkat.
"Ahli PAS adalah dilarang untuk mengambil bahagian, melibatkan diri,
bekerjasama, membantu atau menyertai mana-mana program Amanah atau DAP
di semua peringkat," kata pekeliling itu.
"Ahli PAS mesti mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Kerja PAS
Pusat sebelum menghadiri mana-mana program atau aktiviti politik yang
dianjurkan oleh mana-mana parti politik lain di mana mereka telah
menerima jemputan," kata beliau.
Pengecualian kebenaran untuk sebarang acara yang dianjurkan oleh DAP dan Amanah adalah 'dilarang terus'.
Ahli-ahli parti juga diingatkan supaya tidak melanggar sebarang
perlembagaan parti, khususnya dalam Fasal 16 dan 82 yang merangkumi
disiplin dan hak-hak ahli.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment