Sunday, January 10, 2016
Surat Ini Petanda PAS Isytihar "Perang" Terhadap DAP dan PAN
Bermula semalam maka terbukti bahawa PAS sudah mula ishtihar “perang” keatas PAN dan DAP secara rasminya.
Mungkin sebelum ini PAS dilihat kurang tegas dan mampu bertolak ansur
kepada para ahlinya yang “tertarik” dengan aktiviti-aktiviti PAN dan
DAP, tetapi kini tidak lagi.
Bertarikh 9 Januari 2016, satu surat pekeliling telah dikeluarkan
sebagai tanda hala tuju dan pegangan pihak PAS dalam menafsirkan
hubungan antara mereka dengan PAN serta DAP.
Surat pekeliling tersebut adalah juga asas untuk para pemain dan
penganalisis politik mencatur formula terhadap “kekecohan” yang berlaku
dalam Pakatan Rakyat sebelum ini sehingga lahirnya Pakatan Harapan.
Intipati pekeliling tersebut adalah seperti berikut :
SURAT PEKELILING PEJABAT AGUNG – BIL 01/2016
Keterlibatan Ahli PAS Dalam Program Dan Aktiviti Parti-parti Politik
Lain. Keputusan dan ketetapan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
adalah seperti berikut:
i. Ahli-ahli PAS dilarang mengambil bahagian, melibatkan diri,
bekerjasama, memberi bantuan atau menyertai sebarang program atau
aktiviti PAN dan DAP di semua peringkat.
ii. Ahli-ahli PAS perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
sebelum menghadiri sebarang jemputan program/ aktiviti politik dan
seumpamanya dari mana-mana parti politik lain (selain dari PAN dan DAP
yang dilarang keras sebagaimana (i) di atas).
iii. Secara umumnya Ahli-ahli PAS diperingatkan supaya tidak melakukan
sesuatu perkara yang bercanggah dan/ atau berlawanan terutamanya dengan
Fasal 16 dan 82 Perlembagaan PAS.
Sumber dari surat pekeliling Pejabat Setiausaha Agung PAS yang dikeluarkan (bertarikh) semalam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment