Tuesday, January 12, 2016
Kelaparan : Bukti Pelajar Universiti Makin Tidak Cerdik... Dan Manja
Di Malaysia ini realitinya tidak ada orang mati tak dapat makan, mati
yang diakibatkan oleh penyakit-penyakit berlebih makan seperti kencing
manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya, itu berlambak. Jadi
kalau ada cerita wujud kebuluran, ditengah-tengah persepsi kos hidup
meningkat, maka cepat sajalah yang kurang bijak menyambar, maklum, benda
tak pernah berlaku.
Hanya Anwar dan culai-culainya saja dalam Malaysia ini yang nak percaya
kebuluran berlaku di Malaysia sebab itulah pun modal dia untuk dapat
nama dengan menggerakkan demonstrasi pelakar semasa jadi penuntut di
Universiti Malaya dekad 70-an dulu, kononnya berlaku kebuluran di Baling
akibat kejatuhan harga getah dan 2 orang meninggal dunia.
Rupanya, tidak berlaku kebuluran yang dikatakan itu dan demo itu
dikatakan akal Anwar untuk mengalihkan perhatian daripada prestasi
pelajarannya yang merudum. Tak tahu nak buat apa untuk tingkat
prestasi, reka cerita dan demo. Jadi tak siapa ada masa nak tengok
pelajarannya yang merosot – tak hairan kenapa Anwar hanya dapat General
Degree saja masa di universiti dulu.
Jadi penulis rasa ini taktik sama yang digunakan dalam isu kononnya ada
pelajar universiti yang kebulur sehingga pecah usus. Nampak lagi teruk
bila ditokok tambah dengan cerita yang dibuat oleh orang yang tak pernah
masuk Universiti, maka jadilah macam cerita itu benar dan kerajaan yang
dimaki hamun.
Bila disiasat, cerita pelajar yang ada gastrik sejak tingkatan 1
rupanya, bukan pecah usus kerana kebuluran. Dapat dosa kering sajalah
siapa yang percaya dan sebarkan. Logiknya belum kerajaan, mak bapak
budak yang berkenaan pun tak akan biar anak mereka kebuluran sampai
pecah usus.
Cakap pasal pecah usus ni, kalau usus kosong, macam mana pulak boleh
pecah, kalau penuh tu lainlah – ni cakap orang tak pernah masuk sekolah
perubatan lah ni, kalau bicara hal perubatan mungkin adalah penjelasan
yang lebih baik.
Malangnya ada di kalangan pelajar universiti pun ikut termakan cerita
tak masuk akal ini – bukan semua tapi ada. Kelompok ini bodoh sangat ke
tak tahu betapa banyak saluran boleh digunakan di Universiti bagi
membantu pelajar miskin? Zakat, HEP, Baitulmal, semua ini ada, pilih
salah satu mana nak guna. UIA contohnya memperuntukkan sehingga RM 2
juta untuk membantu pelajar dari keluarga susah.
Entah macam mana mereka masuk Universiti awam, menghabiskan duit rakyat
sahaja menghantar puak-puak ini ke situ, tak sebut PTPTN lagi. Tak
hairan dengan kualiti pemikiran yang sebegini ditambah dengan pensyarah
cenderung pembangkang, maka terhasil lah generasi berijazah tapi otak
lemah. Lepas tu sibuk kadar pengangguran di kalangan siswazah tinggi,
siapa gila nak ambik orang macam ini kerja pun entahlah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment