Tuesday, January 12, 2016
Singkir PAS : DAP Sudah Lama Bersedia.... DAP Memang Nak Jadi Besar Kepala
Plot-plot cerita tentang bagaimana PAS dilayan sejak bertahaluf siyasi
dengan DAP dan PKR sudah lama diketahui ramai. Sungguhpun cuba
diselindungkan, mana mungkin bangkai gajah mampu disorokkan dengan
sehelai daun pisang.
Akhirnya, PAS memilih untuk bermufarakah dan meletakkan DAP sebagai musuh, begitu juga sebaliknya.
Mengapa DAP tidak khuatir malah menyahut permusuhan yang diumumkan oleh PAS?
Secara politiknya, penulis melihat bagaimana DAP bijak membaca
perjalanan politik mereka dengan senario-senario yang berlaku sewaktu
bersama di dalam Pakatan Rakyat. DAP tahu bahawa tahaluf siyasi hanyalah
bersifat sementara dan sandiwara, apatah lagi mereka tidak memiliki
“executive power” kecuali di Pulau Pinang. Dan, nikmat kuasa di Pulau
Pinang menjadi motivasi, bahawa DAP perlu menjadi kuasa penentu di dalam
gabungan Pakatan.
DAP tahu, untuk mendapatkan sokongan padu dari PAS, ialah menguasai PAS
dari dalam, melalui pemimpin-pemimpin yang pro kepada mereka. Usaha
tersebut gagal, setelah Mat Sabu dan rakan-rakannya kalah pada muktamar
yang lalu. Hasilnya, tertubuhlah Parti Amanah Negara, yang penulis lihat
sebagai satu cara “pecah dan perintah” yang dikenakan ke atas PAS.
Strategi tersebut bukanlah satu-satunya cara, kerana lebih awal dari
itu, gerakan politik DAP bermula dari pengkaderan anak muda Melayu untuk
mewakili parti itu. Apa juga alasan yang diberi oleh DAP tentang
pengkaderan ini, PAS perlu terima hakikat bahawa DAP tidak mahu
bergantung kepada parti Melayu kedua terbesar selepas UMNO itu dalam
mendapatkan undi orang Melayu. Strategi ini juga telah membawa DAP di
Timur Tengah, yang seringkali menjadi kolam pengkaderan PAS selama ini.
Setelah berpatah arah berkerat rotan di Selangor, DAP dengan keyakinan
mengumumkan akan bertanding 8 dari 15 kerusi PAS di Selangor.
DAP langsung tidak terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh
Pesuruhjaya Selangor, kerana sememangnya mereka sudah bersedia untuk
merenangi gelora politik negara tanpa PAS disisi. DAP punya Amanah dan
PKR, sementara PAS pula dilihat terkial-kial mencari formula untuk
mendapatkan sokongan bukan Melayu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment