Sunday, January 10, 2016

Larang Ahli Sertai Program DAP, Amanah? Program PasMa, Bersih 2.0 Bagaimana?

EDITOR MENULIS...
10 JANUARI 2016
phahrol pasma
Kecoh dilaporkan hari ini tentang pekeliling PAS yang memutuskan untuk melarang semua ahlinya menghadirkan diri atau mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti Amanah dan DAP di semua peringkat.

Malah katanya pekeliling itu turut menuntut mana-mana ahlinya supaya membuat permohonan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sekiranya berhasrat melakukan pekara-perkara yang dilarang PAS itu.

Pada pandangan saya, apa yang digariskan PAS itu mungkin akan dipandang sinis oleh ahli-ahli atau para pemimpinnya yang sebelum ini dikenalpasti atau disyaki sebagai ‘musang berbulu ayam’. Rasanya tidak perlu disebut nama dan boleh kenal yang mana satu, bukan?

Bukan saja saya, malah ramai ahli PAS yang tahu tentang saki baki ‘syaitan dalam jemaah’ yang masih ‘tertinggal’ di dalam PAS walaupun ramai yang keluar dan melompat parti selepas tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah).

Persoalan yang timbul, terkesankah mereka dengan pekeliling PAS itu?

Pada pandangan saya, ‘musang-musang’ tersebut sebelum ini memang sangat akrab dan sering menyertai pelbagai program dengan rakan-rakan mereka yang kini bersama Amanah, DAP dan PKR.

Namun, sedarkah PAS bahawa program-program yang mereka sertai itu bukan merupakan anjuran DAP mahupun Amanah? Hakikatnya, program dan majlis-majlis yang disertai ‘musang-musang’ itu sebetulnya banyak dianjurkan oleh NGO-NGO, bukan parti.

Sebagai contoh, PasMa dan Bersih 2.0 merupakan NGO yang begitu sinonim dengan Amanah dan DAP. Jadi, sekiranya berhajat untuk bersama Amanah atau DAP, maka ‘musang-musang’ itu boleh hadirkan diri ke majlis-majlis berkenaan, bukan? Tiada bezanya, bukan?
Bersih_4_rally_20150829_pollies_620_413_100
Jika PAS pecat atau ambil tindakan terhadap ahli atau pemimpin mereka yang hadir ke program atau majlis NGO yang pro-Amanah atau pro-DAP, sudah tentulah PAS akan disalahkan. Masuk mana-mana mahkamah pun PAS boleh kalah, kan?

Jadi siapa yang sakit hati sekarang? Penat buat pekeliling, heboh satu negara, tapi kemudian ditertawakan? Siapa yang malu? PAS juga, bukan?

Saya menyarankan kepada PAS supaya meminda atau memperbetulkan klausa-klausa di dalam pekeliling yang dikeluarkan itu. Buatlah pekeliling yang menyeluruh, berkesan dan menepati tujuan keputusan yang dicapai. Jadi, tidaklah nanti PAS diketawakan orang, kan?

Bukanlah saya hendak ‘mengajar’ PAS. Namun selaku sebuah parti yang bertaraf ‘otai’, perlulah parti itu bersifat jaamiq dan maaniq serta menjaga maruah intelektual yang ada pada pimpinannya. Kita tentunya tidak mahu dengar orang kata ‘ulama PAS tak tahu buat kerja’, itu saja. Harap maklum.

Fikir-fikirkanlah...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMoEhF9SBhGuMMWIV247Ei5tk94Gj0YZzzVJ89eF5zV2i_PTSXZix083XM6cNxgxRKqJVlk_dzM3qh_CPVXlkPkZB0_x5juQCeaPmBKncSpi1G3uh1xNh8OkMjfbMkCEyrUxxs6QiNXbsi/s1600/Debat+93.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment