
Sunday, January 10, 2016
Pembangkang Sudah Bergolak, Biar Mereka Bergolak Lagi - Ku Nan

Pembangkang memang sudah bergolak dan biarkan mereka bergolak lagi.
Demikian kenyataan tegas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor apabila diminta mengulas tindakan PAS yang isytihar
perang habis-habisan di Selangor untuk bertanding 25 kerusi DUN dalam
pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).
Perkara itu dinyatakan Setiausaha PAS negeri Selangor, Datuk Iskandar
Abdul Samad dalam ucapan pada majlis Ijtima’ Pilihan Raya PAS Selangor.
Ini kerana PAS sebelum ini hanya bertanding sebanyak 20 kerusi DUN dan bertindak untuk menambah lima lagi kerusi.
“Itu saya serahkan kepada PAS, kita tak nak komen tentang parti lain.
“Tapi bila sebut tentang pembangkang ni, macam saya sebut tadi mereka
seperti lalang, tak ada pendirian kerana yang hanya ada pendirian
hanyalah UMNO BN sahaja,” katanya pada sidang media selepas merasmikan
pembukaan ibu pejabat Kongras India Muslim Malaysia (KIMMA) dan Yayasan
kemajuan YAKIN di perkarangan Medan Seri Bunus, Masjid India.
Terdahulu, Iskandar dalam ucapannya berkata parti itu kini sedang
mengintai sekurang-kurangnya lima kerusi DUN, namun enggan mengumumkan
kawasan yang mahu ditandingi.
“Kita sedang dalam kembangkan selain 20 kerusi yang kita tandingi dalam PRU. Kita akan tanding 5 kerusi.
“Kalau orang kacau kampung kita, kita pun boleh kacau. Kalau org
kacau kerusi kita, kita pun boleh buat yang sama,” kata Iskandar.
Kenyataan Naib Presiden PAS itu merujuk kepada kerusi wakil AMANAH
yang dahulunya dimenangi atas tiket PAS iaitu DUN Morib Hasnul Baharudin
dan DUN Hulu kelang, Saari Sungib.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment