
Sunday, January 10, 2016
Berita Pelajar Rosak Usus Kerana Tidak Makan Satu Penipuan

Satu Malaysia kecoh apabila seorang pelajar UKM
mengadu mengikat perut kerana tak makan. Kisah ini bertambah menarik
apabila ada pula neitezen “yang berbakat besar” menjadi wartawan fitnah
menceritakan pula usus pelajar ini pecah akibat kekejaman dan kezaliman
kerajaan.
Ada juga menambah boleh terburai usus perutnya jika sehari
lagi pelajar tersebut tidak diberi makan oleh kerajaan.
Memang sudah menjadi bakat semulajadi agaknya, sebilangan rakyat
Malaysia mampu mengarang “novel fitnah” dengan hanya mendapat informasi
seringkas sebaris ayat bagi menempah tiket ke neraka. Wal hal, pelajar
ini hanya mengadu sakit perut kerana menghidapi gastrik sejak tingkatan
satu lagi.
Mudah-mudahan “Wartawan Fitnah” bertaubat dan kembali ke pangkal
jalan. Tahniah kepada Saudara Faizal Daud dan team serta KPT mengambil
inisiatif untuk mendapatkan kebenaran serta membantu pelajar ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment