Wednesday, January 06, 2016
Mahathir Lupa Bahawa Tuhan Lagi Berkuasa Dari Politiknya
Mahathir datang lagi dengan agenda meruntuhkan pentadbiran orang Islam
didalam negara. Selepas huru hara Malaysia kerana Mahathir bersuara
senada dengan pembangkang untuk menggulingkan pemerintahan Perdana
Menteri DS Najib Tun Razak, kini Mahathir cuba menjolok Timbalan Perdana
Menteri pula.
Mungkin bagi Mahathir, DS Ahmad Zahid Hamidi adalah 'budak hingusan'
yang mampu diugut dengan kononnya "rahsia dalam tangan".., tapi Mahathir
lupa bahawa banyak juga 'rahsia' Mahathir yang sudah lama rakyat simpan
khususnya dikalangan penyokong kerajaan.
Mahathir berasakan, dia sangat kebal dan tak mampu ditumbangkan oleh
sesiapa saja didalam dunia ini. Maka sebab itulah Mahathir kini berkokok
dengan lantang kononnya mahu menjatuhkan pihak-pihak yang dirasakan tak
membawa untung kepada dia dan kroni.
Jika benar Mahathir mempunyai rahsia berkenaan kisah lampau
Menteri-menteri didalam Malaysia, keluarkan sajalah.. Jika betul
Menteri-menteri didalam negara ini semuanya jahat dan teruk, menjadi
satu kesalahan jika Mahathir bersubahat menyimpan rahsia tersebut dari
pengetahuan umum.
Apakah Mahathir tak takut dosa? Apakah Mahathir berasakan dirinya kebal
dari 'api neraka' apabila menyimpan rahsia kesalahan Menteri? Adakah
Mahathir tak rasa keji dan jijik apabila mengugut pula untuk mendedahkan
kononnya rahsia tersebut selepas kehendaknya tidak dipersetujui?
Dahulu ketika berkuasa, Mahathir merupakan individu yang
bertanggungjawab menyumbat Zahid Hamidi kedalam I.S.A kerana mendedahkan
syarikat-syarikat anak-anak serta kroni Mahathir. Kini apa lagi yang
Mahathir mahukan? Mahu ugut Zahid dengan I.S.A lagi kah? Atau Mahathir
mahu Najib dan Zahid bergaduh?
Nampak seperti Mahathir cuba mempergunakan Zahid bagi menentang Najib.
Jika betul Mahathir mempunyai kawalan keatas Zahid dengan kononnya
'rahsia besar' didalam otaknya, tak mustahil Zahid akan cuba
dimanipulasi bagi menjayakan 'projek tumbangkan kerajaan' yang diketuai
oleh bekas Perdana Menteri tersebut.
Perkara ini bukan baru bagi Mahathir.. Dia sudah melakukannya dengan
mempergunakan Muhyiddin Yassin dan juga Shafie Apdhal hinggakan
kedua-dua manusia malang tersebut hilang jawatan dalam kerajaan.
Muhyiddin dan Shafie mungkin diugut dengan cara yang sama oleh
Mahathir.. Tak mustahil kannn?
Apa sudah jadi dengan rahsia yang kononnya dimiliki oleh Mahathir
mengenai Najib? Kemanakah kononnya rahsia pembunuhan Altantuya yang
Mahathir dakwa ada pada Sirul Azhar? Dan dimanakah bukti rahsia yang
dijaja oleh Mahathir mengenai rasuah yang dilakukan oleh Perdana
Menteri?
Kesimpulannya.., permainan politik Mahathir dan para pemujanya kini
sudah lapuk dan tak relevan dengan peredaran masa. Politik nyanyuk
Mahathir yang hanya tahu menyalahkan orang sahaja langsung tak boleh
pakai lagi. Rakyat kini bukannya bodoh seperti yang Mahathir sangka.
Mungkin ada rakyat yang terpengaruh dengan dakyah karutnya, tetapi Tuhan
itu lebih adil. Walaupun Mahathir tak henti-henti cuba menjatuhkan
kerajaan pimpinan umat Islam yang ada hari ini, namun Tuhan masih lagi
tak redha pada musuh nombor wahid kepada Allahyarham Nik Aziz tersebut.
Sehingga kini DS Najib Tun Razak masih lagi diizinkan Tuhan untuk
menjadi Khalifah di bumi Malaysia dan mengepalai umat melayu di
tanahair. Apakah Mahathir belum sedar bahawa Tuhan pun tak restu dengan
perbuatan jahatnya untuk meruntuhkan sebuah kerajaan Islam?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment