Wednesday, January 06, 2016
DAP Sebenarnya Dah Lelong Penang Kepada Singapore...
Disebalik tuduhan penjualan Bandar Malaysia yang disalah ertikan oleh
DAP, sehingga DAP menuduh tindakan tersebut umpama menjual negara kepada
negara China. Sedar atau tidak, sebenarnya DAP yang bertindak menjual
‘harta benda’ Pulau Pinang ke tangan orang luar.
Tahukah kalian bahawa pada Mei tahun lepas, Pulau pinang telah menjual
100 peratus bersamaan 20 ekar tanah negeri kepada sebuah syarikat yang
pemiliknya adalah warganegara Amerika Syarikat. Tahu berapa harga tanah
yang dijual kepada Jabil Circuit Singapore Pte Ltd itu?? Harganya
mencecah RM30 juta… Tetapi pernah ke korang tahu kemana wang hasil
jualan tanah itu pergi??
Pastinya tidak bukan! Sementara itu pada Julai tahun yang sama, DAP
sekali lagi ‘melelong’ tanah Pulau Pinang. Kali ini DAP memberi
sebahagian 49 peratus daripada 6.8 ekar projek tanah kepada Temasek
Holding dan EDIS. Tanah bernilai RM11.3 bilion itu diberikan begitu
sahaja kepada syarikat yang dimiliki 100 peratus kerajaan Singapura
tersebut.
Nampak tak permainan kotor DAP ni macam mana? Sedangkan mereka sendiri
yang menjual negeri mereka kepada pelabur asing tetapi dengan senang
hati tuduh kerajaan pula yang menjual negara kepada China.
DAP menyoal dalam isu 1MDB, yang melepaskan sebanyak 60 peratus pegangan
di Bandar Malaysia kepada China. Tanah seluas 486 ekar itu dilepaskan
kepada syarikat China Railway engineering Corp dan Iskandar Waterfront
Holdings (IWH) adalah bagi tujuan kerjasama, bukannya sebagai menjual
negara seperti yang didakwa oleh DAP.
Cuba korang bandingkan dengan Pulau Pinang, sudah la kecil tapi DAP jual
banyak tanah. Jika mereka berbuat demikian DAP menganggap itu sebagai
‘pelaburan asing’ tetapi tidak bagi kerajaan. Kalau kerajaan jual,
pastinya ia memberi manfaat kepada semua, tapi kalau DAP jual apa yang
dorang buat dengan hasil jualan itu?? Masuk poket sendiri ke?
“Pulau Pinang kecil tapi mereka jual banyak. Nanti bila dapat kerajaan
pusat, lagi banyak yang bakal terjual,” kata portal pro-Umno, Mykmu.net, ketuapeneranganumno.blogspot.com ,
tidak mustahil kalau suatu hari nanti seluruh kawasan di Pulau Pinang
dijual dan jatuh ke tangan orang asing, kita tunggu dan lihat je nanti...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment