Wednesday, January 06, 2016
Isu Bauksit, PKR Fitnah Kerabat Diraja Pahang???
Disebalik kepincangan mengenai isu pencemaran bauksit yang melanda
negeri Pahang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba-tiba muncul seolah-olah
mahu menjadi penyelamat kepada rakyat di negeri tersebut.
Tapi apa yang mampu dilakukan oleh PKR?? Tiada apa yang mampu dilakukan,
sebaliknya hanya cakap-cakap kosong dan saling menyalahkan pentadbiran
negeri Pahang. Tidak terlepas, Kerabat Diraja Pahang juga turut terkena
tempias apabila PKR menyoal, adakah kerabat Diraja turut terlibat dan
bersalah dalam hal tersebut.
Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh memberi ‘amaran’ kepada
sesiapa sahaja yang terlibat dalam isu pencemaran bauksit, haruslah
berani tampil untuk bertanggungjawab. Tidak kira apa pangkat dan darjat
inidividu terbabit… Meskipun beliau adalah seorang kerabat Diraja.
Tambahnya lagi, isu bauksit sudah menjangkau tahap yang sangat
membimbangkan. Kerana ia telah menggangu ekosistem alam semula jadi dan
menceroboh hak asasi manusia. Pencemaran bauksit juga mampu untuk
mengancam kesihatan pada masa akan datang.
“Rakyat bukan lagi tuan yang sepatutnya ditunaikan hak dan amanah ke
atasnya tetapi menjadi hamba kepada tuan yang tamak haloba dan
seolah-olah lupa Tuhan.
“Ini salah siapa? Adakah benar ini salah pelombong bauksit? Adakah benar
ini salah pemandu lori? Adakah benar ini salah penguatkuasa? Atau salah
Konsortium Pelabuhan Kuantan? Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
(JMG)? Pejabat Tanah dan Galian (PTG)? Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat (SPAD)? Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)?Atau salah kerabat Diraja
Pahang? Atau sebenarnya salah Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Pahang?
Atau salah Kerajaan Persekutuan?” katanya.
Menurut wakil PKR tersebut, individu yang bersalah ini sebenarnya
terlalu tamak dan langsung tidak amanah dalam melakukan tugas. Walaupun
bahan bauksit memberi banyak keuntungan kepada negara, tetapi sikap
mementingkan diri sendiri hanya akan memberi kesan buruk kepada penduduk
sekitar.
Maknanya dalam isu bauksit ini, PKR secara keseluruhannya menuduh
Kerabat Diraja Pahang turut bersubahat… Membenarkan aktiviti melombong
secara haram dan berlebihan berlaku di negeri tersebut. Apa bukti PKR
yang menyatakan, Kerabat Diraja Pahang turut terlibat?? Atau mereka
hanya tahu menyalak tanpa sebarang bukti yang kukuh...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment