Wednesday, January 06, 2016

Ahmad Maslan Kena Fitnah Pasal 'Kicap'

Ramai sangat orang yang dengki dengan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan. Sehingga ada pihak-pihak tertentu yang terlalu terdesak melemparkan fitnah mengenai ‘kicap’ kepada beliau.

Sedih betul hidup individu terbabit kan…. Mungkin sudah kekeringan idea kot sampai  sanggup memfitnah Ahmad Maslan pasal ‘kicap’ je! Huhhhhh… Takde standard langsung la! Selepas saranan melakukan dua kerja untuk menampung kos perbelanjaan hidup, kali ini nama Ahmad Maslan semakin meletop ekoran tersebarnya satu fitnah yang dilihat agak kelakar.

Fitnah tersebut berbunyi Ahmad Maslan menyarankan supaya rakyat makan nasi dengan berlaukan kicap bagi menjimatkan kos perbelanjaan harian. Rakyat jangan sesekali hendak menyalahkan kerajaan hanya kerana perlaksanaan GST dan penghapusan subsidi.

“Jika nak berjimat cermat rakyat boleh makan nasi dengan kicap. Jangan nak salahkan kerajaan sebab GST dan penghapusan subsidi” dakwa fitnah tersebut.

Jelas dalam reaksi Ahmad, menunjukkan beliau benar-benar kecewa atas fitnah melampau tersebut. Tidak menyalahkan kepada takdir, sebaliknya Ahmad berfikiran ke arah positif dengan mendoakan supaya individu yang memfitnahnya itu akan menerima hidayah Allah kelak.

“Fitnah, fitnah. Saya doakan agar orang yang mencipta fitnah ini dibukakan hatinya oleh Allah, agar kesal dan tak ulangi lagi,” kata Ahmad menerusi laman sosial twitter miliknya.

Kesian kan orang tu, harap-harap lepas ni hati dia terbuka dan belajar dari kesilapan. Ada ke patut fitnah orang pasal ‘kicap’?? Takde class langsung laaa. Alang-alang nak buat dosa besar tue baik fitnah je yang terok-terok terus.. Hahaha!

Meskipun Ketua Penerangan UMNO itu menerima pelbagai tomahan selepas tersebarnya berita fitnah tersebut, dan ditambah pula dengan kritikan yang ‘membunuh’ perasaannya sebelum ini. Namun Ahmad tidak pernah berputus asa untuk terus berjuang demi rakyat.

Harapan Ahmad hanya mahu lihat kehidupan rakyat di negara ini diperbaiki dan mampu berdikari. Bukannya berniat memberi saranan untuk memperlekehkan rakyat, seperti yang didakwa. Iyela bapa mana yang sanggup lihat anaknya susah, betul tak??

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment