Wednesday, January 06, 2016

Tony Pua Mungkin Bangga Dengan Kebodohan Sendiri

Bagaikan tidak pernah belajar dari kesilapan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kini dilihat lebih gemar memperbodohkan diri sendiri. Mungkin sudah menjadi hobi baginya menunjuk-nunjuk kebodohan yang dimiliknya, eshhhh tak malu ke?

Anggota panel Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu dinasihatkan supaya bertindak lebih matang, dan tidak terus menerus mengeluarkan kenyataan yang bertujuan untuk menghangatkan lagi  isu kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tindakan Tony Pua tersebut sangat tidak matang serta memalukan. Tidak patut bagi seorang ahli panel PAC berperangai sedemikian. Bukan itu saja, Tony dianggap bodoh kerana gemar mengeluarkan tuduhan tidak berasas tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng berkata, kelakuan tersebut dilihat tidak professional dan bukan cara seorang wakil rakyat bertindak sebegitu. Wajar ke seorang wakil rakyat hanya membuat kesimpulan berdasarkan persepsi umum??

Tony juga disyaki menghidap penyakit lupa yang kronik kerana dengan tidak semena-mena,  dia cuba menafikan tuduhan berat sebelah dan berbaur politik di dalam kes 1MDB yang dilemparkannya sebelum ini. Padahal wakil PAC yang turut dianggotai pembangkang masih menjalankan siasatan.

“Nampaknya kenyataan saya berjaya menusuk saraf Pua. Saya sebelum ini tidak menyebut nama sesiapa tetapi siapa yang makan cili, dia terasa pedas. Saya tertanya-tanya dari mana dia mendapat bukti melalui maklumat umum kononnya berbilion wang hilang disebabkan penjahat, adakah berdasarkan laporan audit atau membaca Sarawak Report dan terus membuat kesimpulan?

“Jika kita boleh membuat kesimpulan berdasarkan maklumat umum, maka apa gunanya mesyuarat PAC. Pua perlu faham bahawa inkuiri di dalam PAC dijalankan dengan tepat untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan yang dibuat oleh media,” katanya

Berkemungkinan Tony Pua gila glamor atau terdesak untuk mencari publisiti murahan, nak jadi pelakon lelaki terkenal kot. Sebab tue Tony pandai sangat berlakon, konon dia menjadi mangsa terhadap tuduhan yang dikeluarkan dirinya sendiri.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment