Sunday, January 10, 2016
MESTI BACA : Tanah Di Pulau Pinang Hanya Tinggal 8% Daripada 33% – Mana Hilang Rafizi?
Keceluparan mulut Rafizi mengkritik isu penjualan asset 1MDB telah
menjadi isu hangat diperkatakan oleh PKR . Sebelum ini saya pernat
menyuarakan strategi pembangkang dimana setiap isu yang dibagkitkan
adalah untuk menutup isu yang mereka lakukan.
Bukan sengaja dibangkitkan penjualan asset 1MDB yang mana kebiasaan
nya dilakukan mana mana syrikat yang tidak mempunyai kecairan tunai .
Penjualan asset adalah untuk membayar hutang dan sebagainya. Itulah
yang dilakukan oleh 1MBD.
Tetapi pemikiran pembangkang akan menaikkan isu ini untuk melindungi
skandal penjualan tanah yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang.
Pada
Mei tahun 2015 Lim guan Eng telah menjual tanah yang ada di Pulau
Pinang kepada sebuah syarikat di singapura dengan nilai RM30 juta.
Tanah yang dimaksudkan itu adalah tanah yang telah digazetkan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk pembangunan untuk rakyat.
Bukan itu sahaja pada Julai 2015 juga kerajaan DAP telah memberikan
pemilikan 6.8 ekar kepada Temasek Singapura yang bernilai pasaran
sebanyak RM11.3 billion.
Secara ironinya tidakkah Rafizi melihat tindakan ini menjual negeri
kepada syarikat asing? Perkara yang berlaku dihadapan mata tidak pernah
dibangkitkan sama sekali.
Kepentingan DAP tetap dilindungi oleh Rafizi walaupun ianya nyata satu kesalahan sebagaimana didakwa oleh Rafizi terhadap 1MDB.
Kedua-dua projek di mana 100% dan 49% kini dimiliki oleh
syarikat-syarikat Singapura adakah ianya tidak dipanggil “negara jual”
tetapi dianggap pelaburan asing? Oleh Rafizi?
Corak pemikiran Rafizi dalam apa juga fitnah yang dilakukannya
terhadap rakyat Malaysia amat banyak sekali. Jika dikaji secara dasarnya
entah bagaimana, 24% daripada Bandar Malaysia dijual kepada sebuah
syarikat China dianggap “negara jual” dan bukan sebagai pelaburan asing?
Tetapi Rafizi mendiamkan diri, membisu seribu bahasa dengan penjualan
tanah tanah di Pulau Pinang yang mana terus membangkitkan isu
perlaburan 1MDB yang dilakukan secara sah.
Mungkin anda tidak perasan, setiap kali pendedahan tentang jualan
tanah di Pulau Pinang oleh Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Lim Guan
Eng dibuat, setiap kali itulah, DAP akan menggelupur mencari isu-isu
remeh yang bersifat sensasi untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada
permasalahan serta skandal terbesar di Pulau Pinang, terutama sekali
yang membabitkan tanah-tanah kerajaan negeri.
Tahukah anda, walaupun DAP hanya memerintah bermula dari tahun 2008,
keluasan tanah Kerajaan Negeri hanya tinggal 8% sahaja daripada keluasan
keseluruhan.
Dalam masa lima tahun sahaja, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah
menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju yang mempunyai
hubungan kroni atau Lim Guan Eng sekeluarga ada kepentingan dalam
syarikat-syarikat pemaju tersebut, pada kadar yang tersangat tidak masuk
akal murahnya.
Berikut adalah senarai tanah-tanah yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang semenjak tahun 2011 sehingga 2014 sahaja.
Senarai tanah-tanah Kerajaan Negeri yang telah dijual dari tahun 2008
sehingga 2011 akan menyusul kemudian dan jumlahnya jauh lebih besar dan
luas:
2011 – seluas 102 ekar tanah di Bayan Mutiara telah dijual kepada Ivory Properties pada harga RM1.07 bilion.
2013 – seluas 110 ekar tanah di Gurne Drive telah dijual kepada
Consortium Zenith BUCG untuk projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3
juta. Kes ini unik kerana nilai RM6.3 bilion itu tidak melibatkan wang
tunai.
2013 – 40 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada PE Land.
2014 – tanah seluas 245 ekar di Batu Kawan telah dijual kepada Aspen
Vision di mana kepentingan Ivory Properties di dalam syarikat tersebut
adalah 49%.
2014 – 30 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Paramount Group bernilai RM57 juta.
2014 – 470 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Eco World bernilai RM1.02 bilion.
2014 – 49% daripada 198 ekar tanah di Batu Kawan dan 6.67 ekar tanah
di Bayan Lepas terjual kepada Temasek Singapura tanpa membabitkan
sebarang bayaran tunai!
Kesemua jualan tersebut bernilai berbilion Ringgit, tetapi jualan
tanah dari tahun 2008 sehingga 2012, Pulau Pinang sekadar mencatatkan
pertumbuhan sekitar 3,85% (sebanding dengan kadar bon Kerajaan
Persekutuan) menerusi simpanan tunai Pulau Pinang dari RM1.02 bilion
untuk sekadar mencapai RM1.192 bilion.
Persoalannya ialah, menerusi peningkatan yang begitu kecil, di mana
keseluruhan wang yang berbilion-bilion hasil jualan tanah itu semua?
Adakah kerana perbelanjaan tahunan yang bertambah dua kali ganda?
Satu persoalan besar yang seringkali dipersoalkan ialah, berbanding
menjual tanah, mengapa agaknya PDC Pulau Pinang tidak membangunkan atau
memajukan tanah milik Kerajaan Negeri itu sendiri?
Persoalan kepada orang Melayu Pulau Pinang sendiri, apakah polisi Lim
Guan Eng ini sebenarnya mencerminkan sikap orang Melayu yang hanya
fikirkan ‘NAK SENANG’ sahaja sehinggakan pesta jualan tanah secara
besar-besaran oleh DAP di Pulau Pinang, langsung tidak membimbangkan
mereka?
Apa yang mereka perolehi daripada skim dan skandal tanah tersebut?
Sedangkan polisi DAP dan Lim Guan Eng, jelas untuk mengkayakan lagi
pemaju. Pemaju mengutip keuntungan berpuluh-puluh kali ganda hanya
kerana kecenderungan Melayu untuk membuat ‘perubahan’.
Perubahan apa yang sedang berlaku? Semua kerja hartanah akan
dipindahkan kepada arkitek-arkitek Cina, jurutera-jurutera Cina, Qs,
Subcons dan peguam-peguam Cina, manakala peguam-peguam Melayu,
arkitek-arkitek Melayu dan jurutera-jurutera Melayu, semua pakat nganga!
Apa yang berlaku dalam GLC terutama sekali dalam sektor perbankan,
sedang diamalkan secara meluas menerusi pesta jualan tanah di Pulau
Pinang!
Persoalanya sekarang kemanakah duit jualan tanah di Pulau Pinang
disalurkan atau ianya masuk ke kantung Lim Guan eng. Sebelum ini dalam
satu post saya di FB menyarankan semua ketua bahagian atau penjawat
tertinggi didalam UMNO membuat laporan polis bagi mengwujudkan satu
siasatan lengkap keatas kerajaan DAP .
Terlalu banyak skandal yang berlaku. Namun semuanya dibiarkan begitu sahaja. Sampai bila perkara ini harus dipencak silat’kan?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment