Tuesday, January 12, 2016
Nak Terguling Guling Rasanya...... Mat Sabu Kata Kerajaan DAP ‘Bantu’ Melayu Lebih Baik Dari Negeri Lain
Memang meliar dan meleset kata-kata Presiden AMANAH Mohamad Sabu apabila
mengatakan kerajaan DAP menjaga kebajikan orang Melayu di Pulau Pinang
paling baik daripada kerajaan negeri lain pada masa kini.
Kalau anda sebagai orang Melayu di Pulau Pinang, adakah anda boleh
menerima kenyataan ini? Nampak sangat Mohamad Sabu atau Mat Sabu ini
terlalu mengangkat DAP terlebih-lebih sangat tingginya.
Penulis dalam satu tinjauan di Pulau Pinang, sendiri mendengar hampir
lima orang yang ditemui kesemuanya orang Melayu semuanya ada maki hamun
khas kepada kerajaan DAP pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Kalau dikira dan diingat semula, sejak pilihan raya umum pada Mac 2008,
sudah hampir lapan tahun DAP menguasai pentadbiran di negeri itu.
Mat Sabu sendiri bukanlah orang asing di Pulau Pinang kerana beliah
lahir di Tasik Gelugo, Seberang Perai tetapi boleh ‘kelabu mata’ dek
jasa DAP yang banyak ‘membantu’ dalam menubuhkan AMANAH.
Mungkin orang Pulau Pinang akan mengkritik pula Mat Sabu kerana mengampu Guan Eng sampai begitu sekali.
“Tidakkah pimpinan DAP Pulau Pinang jaga orang Melayu di sana.Saya rasa
dia jaga orang Melayu lebih baik dari negeri-negeri lain,” kata Mat Sabu
dalam majlis menandatangani perjanjian Pakatan Harapan di Pusat
Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam.
Beliau berkata sebegitu rupa sebagai reaksi kepada Timbalan Pengerusi
AMANAH Johor, Zulkefly Ahmad yang meminta DAP tidak meletakkan calon
Melayu bertanding di negeri yang ada majoriti orang Melayu itu.
Zulkefly bimbang langkah DAP itu akan menjejaskan peluang Pakatan
Harapan menang kerusi kerana masih sukar nak yakinkan pengundi Melayu
bahawa DAP bukan anti-Melayu dan anti-Islam.
Hampir lapan tahun berlalu,apakah kadar penguasaan ekonomi orang Melayu
Pulau Pinang sudah berlipat kali ganda berbanding zaman dibawah
Gerakan/BN dulu.Begitu juga dalam isu perumahan dan sebagainya.
Nyatanya orang Melayu sebenarnya semakin terpinggir. Apatah lagi kisah
Kampung Mutiara di Batu Feringghi yang semakin hari semakin tidak pasti
masa depan mereka di kampung berkenaan terus berlarutan.
Dari mana asas kata-kata Mat Sabu itu tidak pula diketahui. Inilah sifat
yang dinyatakan oleh para penganalisis politik yang bakal membunuh
AMANAH serta menjejaskan misi Pakatan Harapan untuk berjaya dalam misi
penubuhannya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment