Tuesday, January 12, 2016
PAS Selangor Isytihar Perang Parti AMANAH Musuh Nombor 1
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, selain
Umno, Parti Amanah Negara (AMANAH) merupakan ancaman kepada parti Islam
itu.
Ia berikutan AMANAH dijangka akan bertanding sebanyak lapan kerusi di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Ancaman kita adalah Umno tapi kita ada musuh baru. Mereka akan
bertanding lapan kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di lapan
kawasan mereka akan rampas.
“Jangan kita tengok Umno ancaman tapi ada lebih ancaman, kenapa kita tak pertahankan kerusi kita.
“Kalau kita tidak ada dalam kerajaan siapa yang nak pertahankan Islam?”
kata Iskandar dalam ucapannya di Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala
Selangor hari ini.
PAS memang tidak mempunyai hubungan baik dengan AMANAH yang terbentuk
hasil perselisihan aliran pemikiran dalam parti itu dalam muktamar
mereka tahun lalu.
Permintaan akar umbi
Pada masa sama, DAP dan PKR menjalin hubungan dengan parti baru berkenaan walaupun ia kelihatan longgar di beberapa negeri.
Beberapa hari lalu AMANAH mendapat lapan daripada 288 kerusi yang ada di
semua pihak berkuasa tempatan di Selangor dan ia dikecam PAS.
Di sebalik pembahagian itu kerajaan negeri enggan mendedahkan parti mana
yang terpaksa berkorban memberikan kerusi mereka kepada AMANAH.
Sementara itu, Iskandar berkata, PAS akan bertanding di lima lagi kerusi
di Selangor dalam PRU akan datang, menjadikan jumlah kerusi keseluruhan
yang ditandingi mereka menjadi 25.
Katanya, PAS mengambil keputusan itu bukan disebabkan tergugat dengan
AMANAH sebaliknya kerana desakan daripada akar umbi parti berkenaan.
“Kita akan bertanding. Ini permintaan akar umbi untuk bertanding lima
kerusi lagi. Bukan sebab lapan kerusi tu tapi sebab keperluan (dalam
PRU).
“PAS ada Jabatan Penyelidikan PAS Pusat, bukan (sekadar) suka-suka nak
bertanding,” katanya yang menjangkakan PRU akan datang berlangsung pada
Mac 2017.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment