
Tuesday, January 12, 2016
PRU 14, Tiada Lagi PAS Dalam Kerajaan Selangor – Tony Pua

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengakui rasa kekok dengan pentadbiran
kerajaan negeri DAP, PKR dan PAS di Selangor, namun DAP berikrar bahawa
pada Pilihan Raya Umum k-14 tiada lagi PAS dalam Kerajaan Negeri
Selangor
“Memang kita ada keadaan yang kekok di Selangor sekarang. Kita (sekarang
ini) bukan Kerajaan Pakatan Harapan. Kita ada PAS, DAP dan PKR dalam
kerajaan di negeri Selangor.
“Kita tidak boleh buat apa-apa. Itulah adalah pilihan semasa Pilihan Raya Umum yang ke-13.
“Tetapi saya nak sebut di sini, dalam Pilihan Raya yang ke-14, kerajaan
yang akan ditubuhkan selepas pilihan raya tersebut adalah Kerajaan
Pakatan Harapan. Bukan lagi kerajaan kekok,”katanya ketika berceramah
sempena program perasmian Wisma Amanah Negara, bangunan tiga tingkat
yang merupakan ibu pejabat Parti Amanah Negara di Kuala Lumpur pada 28
November lalu.
Dalam ceramah itu, Pua turut memberitahu strategi yang bakal dilakukan untuk menyingkirkan PAS dalam kerajaan negeri Selangor.
“Saya nak bagitahu di sini, walaupun ada kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PAS. Itu tidak dimenangi dengan undi PAS (sahaja)
“Itu dimenangi dengan undi Pakatan Rakyat. Kalau bukan adanya Pakatan
Rakyat, PAS tak mungkin menang di (DUN) Taman Templer, di sini.
“PAS tak mungkin menang seperti di Dusun Tua, Paras Jaya, Tanjung Sepat.
Kawasan-kawasan itu dimenangi atas sokongan politik kepada gabungan
politik Pakatan Rakyat.
“Dan sekarang, Pakatan Rakyat sudah tidak ada, yang ada pakatan yang
baharu, Pakatan Harapan. (maka) Pakatan Harapan lah yang akan bertanding
di kerusi-kerusi tersebut, kita akan memenangi di kerusi-kerusi
tersebut dengan majoriti yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan baharu
di negeri Selangor dengan majoriti yang stabil,”katanya.
Pua berkata, DAP tidak boleh melupakan kejadian pemecatan exco DAP dan
PKR dalam pemerintahan kerajaan Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim tahun lalu.
“Siapa yang kekal dalam kerajaan (Selangor) dengan Menteri Besar yang telah pun ditendang keluar daripada PKR ? Parti PAS.
“Adakah ini menunjukkan bahawa PAS ini berprinsip di negeri Selangor.
Ataupun mereka hanya ingin mengekalkan jawatan exco mereka dalam
kerajaan negeri sahaja,”katanya lagi
Selain Pua, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut
berucap dalam program ceramah sempena perasmian Wisma Amanah Negara itu.
Wan Azizah dalam ceramahnya mengakui teruja untuk hadir ke program PAN
itu, walaupun beliau sibuk dengan Kongres Nasional Tahunan PKR yang
ke-11.
“Kalau tidak kerana bulan
Tidak bintang terbit tinggi
Kalau tidak kerana tuan
Tak kan Kak Wan mai ke sini.”
Demikianlah pantun yang diucapkan Wan Azizah sebagai muqadimah ucapan majlis tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment