Tuesday, January 12, 2016

Insiden Abdul Wahid… Bukti Mereka Tidak Mahu Jawapan Tapi Modal Politik – Wan Hakim

KUALA LUMPUR : Insiden yang berlaku kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Wahid Omar yang tidak diberikan peluang untuk memberikan penjelasan terhadap perkara yang dibangkitkan pada Sidang Kemuncak TPPA anjuran Bantah TPPA & Kongres Rakyat di IDCC, Shah Alam 9 Januari lalu bukanlah sesuatu perkara pelik.

Ketua Penerangan UMNO Terengganu, YB Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar berkata pihak-pihak tertentu termasuklah pembangkang tidak berminat kepada jawapan berkaitan apa juga isu sebaliknya hanya mahu menjadikan perkara itu sebagai modal politik untuk mengelirukan rakyat.

Menurut beliau jika mereka benar-benar inginkan penjelasan dan sebagainya sudah tentu peluang dan ruang tersebut adalah yang terbaik dengan memberikan sedikit ruang kepada Datuk Abdul Wahid untuk menjelaskan perkara yang berbangkit di dalam program tersebut.
????????????????????????????????????
“Itulah budaya mereka…bukan sahaja TPPA malah pelbagai isu lain yang dibangkitkan saya kira pelbagai penjelasan telah diberikan oleh kerajaan. Contoh lain seperti isu 1Malaysia Develepment Berhad (1MDB) yang hari ini telah hampir berjaya mengurangkan hutangnya sepertimana yang dijanjikan.

“Namun perkara lain pula yang dibangkitkan…maknanya berantaian isu yang mereka jaja. Ditohmah pula kenapa jual kepada syarikat luar negara…kenapa jadi begitu dan kenapa jadi begini. Persoalan hutang sudah tenggelam dah dikorek pula isu lain dalam konteks yang sama.

“Saya akui mereka-mereka ini cukup bijak mengelirukan rakyat dengan cara modus operandi yang dikatakan tadi. Akhirnya rakyat tidak mendapat maklumat yang betul dan mereka mendapat keuntungan politik di situ. Itulah matlamat mereka sebenarnya,” katanya kepada pihak media, di sini, hari ini.

Pada 9 Januari,  Datuk Abdul Wahid menghadiri secara sukarela Sidang Kemuncak TPPA anjuran Bantah TPPA & Kongres Rakyat di IDCC, Shah Alam. Beliau mendaftar secara online hari sebelumnya setelah mendapat persetujuan Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapha Mohamed (Tok Pa).

Menurut Abdul Wahid kehadiran beliau adalah untuk mendengar sendiri isu-isu yang dibangkitkan dan  setelah panel selesai membuat pembentangan, beliau  telah memohon untuk bercakap dan memberi sedikit pencerahan.

Malangnya permintaan beliau ditolak atas sebab kesuntukan masa dan setelah beberapa kali mengulang permintaan, akhirnya beliau akur dengan keputusan penganjur.

Abdul Hakim yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Air Putih seterusnya menambah pihak-pihak terbabit termasuklah pembangkang sewajarnya bersikap matang dan bukannya sekadar menjadikan isu tertentu untuk memburukkan kerajaan demi faedah politik mereka.

“Kalau kita tengok di kebanyakan negara luar terutama di negara maju, pihak pembangkang sentiasa memberi kerjasama dan perbincangan yang baik dalam sesuatu perkara yang membabitkan kepentingan negara bersama.

“Namun di negara kita perkara itu tidak berlaku. Pembangkang tidak mahu menerima apa jua penjelasan tetapi lebih berminat untuk memanipulasi isu yang boleh memburukkan kerajaan walaupun di atas perkara yang membawa kebaikan untuk semua rakyat,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment