Thursday, January 07, 2016

Ostad Pakatan Sokong Mahathir HALALKAN Hidang 'Air Kencing Syaitan' Dalam Pesawat

Bak kata orang, benda dan perbuatan yang jahat dan haram itulah yang paling sedap berbanding buat perkara baik. Betul tak?? Memang la buat jahat ni seronok tapi tu bagi orang  yang agama tak kuat jerrr.

Macam penceramah Pakatan, Wan Ji Wan Hussin ni, dia menyokong tindakan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghalalkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk menghidangkan arak kepada pelanggan perkhidmatannya.

Menurut Wan Ji, MAB tidak wajib mengikut jejak Rayani Air yang mengharamkan alkohol dan wajib tutup aurat. Sebaliknya MAB harus berfikir di luar kotak, agar dapat menghidangkan minuman beralkohol tersebut dengan gaya yang lebih unik dan kreatif.

Wowww… Kreatif betul cara dorang nak halalkan benda haram bagi menutup dosa mereka. Benar pekerja penerbangan diberi pilihan untuk memilih syarikat penerbangan mana yang mereka mahu bekerja.

Tetapi pilihan tersebut akan menjadikan pekerjaan mereka diberkati atau tidak.. Namun jika difikirkan semula, itu hanya akan menggalakkan lagi rakyat untuk membuat dosa sekiranya mereka tersilap  membuat pilihan.

Walaupun Wan Ji menyokong cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mahu MAB memberi pilihan kepada pramugari beragama islam, sama ada mereka mahu berhijab ataupun menolak untuk tidak menghidangkan alkohol semasa bekerja. Tetapi Wan Ji membantah alkohol diharamkan dari dihidangkan di dalam pesawat.

“Dosa bagi orang Islam menghidangkan alkohol, maka sebab itulah pramugari beragama Islam perlu diberi pilihan untuk tidak menghidang alkohol.

“Bagi saya, memberi pilihan kepada pramugari untuk berhijab dan menolak menghidang alkohol bukanlah hal yang besar,” kata Wan Ji.

Persoalan yang mahu Gomez kemukakan adalah perlu sangat ke minum air kencing syaitan tu dalam pesawat?? Nikmat sangat ke?? Kalau dah gedik sangat nak minum, tunggu jela masa pesawat mendarat nanti.. Macam la air kencing syaitan tu  ada jual dalam pesawat je.

Bagi yang bukan Islam yang nak minum arak tu, apa salahnya kalau minum kat tempat lain je. Cukup-cukuplah orang yang bukan islam ni dok mabuk kat kelab-kelab malam, tak payah la nak  sibuk bermabuk dalam pesawat lagi..

Sebab-sebab macam ni la yang membuatkan terjadinya kes orang mabuk buat kacau dalam pesawat. Sebab dorang sendiri yang sediakan perkhidmatan ‘mabuk’. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment