Thursday, January 07, 2016
Anina Nak 'Bomohkan' Najib Supaya Cepat 'Mati'
Bekas ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saadudin memberi jaminan
bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, akan ‘mati’ tersungkur
betul-betul di kakinya dan rakyat.
Ehhhhhhh… Macam mana Anina ni tahu
yang Najib bakal tersungkur?? Ni mesti dia dah ‘bomohkan’ Najib ni.
Haha!
Tegasnya, Najib bakal ‘mati’ ditangannya, gara-gara rakyat jelata
dikhabarkan sudah muak dan mual dengan segala tindak tanduk dan tindakan
yang diambil oleh pihak kerajaan. Mereka menganggap pentadbiran yang
berada dibawah naungan Najib kini sudah tiada guna. Sebab tu la Anina ni
yakin sangat yang Najib bakal ‘mati’.
Menurut Anina, dia tersangat yakin dengan kenyataan yang dikeluarkannya
itu, atas sebab dirinya tersangat hebat dan sudah pun membuat
penyelidikan terhadap Najib. Kata Anina lagi… Jika mengikut sejarah,
pada pilihanraya yang lalu perdana menteri hampir tersungkur dan hampir
tewas di Parlimen Pekan.
Jadi pada pilihanraya kali ini Anina tersangat yakin yang Najib tidak
akan dapat sampai ke Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). Itu janji Anina
kepada rakyat… Amboi yakin betul! Nampak macam dah pakai khidmat bomoh
pulak kan. Huhuhuhuu.
“Saya nak beri tahu Datuk Seri Najib, saya harap dia mendengar, dia tidak akan sampai pada PRU-14.
“Pada PRU-12 Datuk Seri Najib nyaris-nyaris kalah di Pekan, dia menang
tipis sahaja dan kalau esok pilihanraya, hari ini dia akan tersungkur,”
katanya.
Memperhaluskan penyelidikkannya, Anina mendakwa, Najib bakal mengalami
satu kejatuhan yang dahsyat, sekiranya beliau bertindak mengadakan
pemilihan parti Melayu pada waktu terdekat ini. Dengan yakin Anina
berkata, kejatuhan Najib adalah disebabkan oleh ahli UMNO sendiri.
Anina sempat menuduh selama ini Najib telah memaksa rakyat dan ahli-ahli
UMNO untuk mengangkatnya menjadi seorang pemimpin. Bahkan memaksa
mereka untuk menyokong setiap tindakan yang diambil olehnya. Korang rasa
betul ke rakyat dan ahli UMNO kena paksa??
Rasa kitalah kan, dia orang pilih tanpa paksaan siapa pemimpin mereka, betul tak??
Bertambah biadap apabila Anina dengan rasa sucinya, dia menggelar
pemimpin nombor satu negara itu sebagai setan.
“Pemerintah tidak boleh memaksa rakyat mengundi dia kerana pemerintah
tidak menyediakan pilihan untuk rakyat. Saya nak pilih kamu tapi kamu
sendiri dah macam setan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment