Thursday, January 07, 2016
Bila Agaknya Lim Kit Siang Nak Bertaubat??
Tertanya-tanya juga bila agaknya Penasihat DAP, Lim Kit Siang nak
bertaubat dan tidak lagi masuk campur urusan Barisan Nasional (BN).
Bukan apa, Kit Siang ni tak habis-habis nak pergunakan ahli Umno dalam
misinya untuk menumbangkan BN.
Kalau korang nak tau, kenapa bapa kepada Lim Guan Eng itu terdesak
sangat nak mempergunakan ahli Umno, in sebab dia hendak menghasut mereka
untuk membantunya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Oleh disebabkan itu lah DAP dengan rasa tidak segan silu menawarkan
tawaran kerjasama kepada mana-mana ahli Umno, yang merasakan diri mereka
sudah tidak sehaluan dengan kepimpinan perdana menteri.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin menegaskan bahawa,
kini jelas pemimpin veteran DAP itu kian tersepit dan terdesak untuk
mendapatkan bantuan. Kalau tidak masakkan dia hendak tawarkan tawaran
tersebut. Dulu bukan main kutuk BN tapi sekarang nak bekerjasama pula.
“Saya syorkan Lim Kit Siang bertaubat dan berhenti melibatkan ahli-ahli UMNO dalam cubaannya untuk menumbangkan kerajaan BN.
“Lim Kit Siang masih berpolitik atas dasar kekecewaan, tidak cukup
dengan pelbagai fitnah terhadap Perdana Menteri, BN dan UMNO, kini, Lim
Kit Siang masih terus terdesak dengan menggesa ahli UMNO seramai tiga
juta orang menolak kepimpinan Datuk Seri Najib dengan pelbagai alasan
yang diputar belit,” katanya.
Apabila difikirkan, sebenarnya parti DAP ni bukannya ada jasa sangat pun
pada negara. Dorang nak jual negara kepada orang asing lagi ada laaaa.
Motif perjuangan yang dibawa DAP juga langsung tidak jelas. Apa yang
nampak parti DAP hanya mahu memecah-belahkan kerjasama politik yang
terjalin.
DAP juga, tidak suka tengok rakyat bersatu padu, sebaliknya dorang mahu
rakyat bertikaman dan membenci antara kaum. Sebab itu DAP berusaha untuk
menyalakan api perkauman di negara ini.
Oleh sebab itu Ahli Parlimen Kinabatangan itu sangat yakin bahawa ada
agenda tersembunyi yang di bawa Kit Siang. Huhhhhh!! Berangan jela Kit
Siang nak hasut ahli Umno, ahli Umno dah kenal sangat dengan perangai
talam dua muka dia tu.
“Ahli UMNO bukan budak kecil yang boleh diperkotak katikkan pemikiran mereka seperti yang dijangkakan Lim Kit Siang,” ujarnya.
Bertaubat jela… Usia pun dah lanjut! Tidak lama lagi dah nak tarikh luput dah… Baik bertaubat cepat sebelum terlambat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment