Thursday, January 07, 2016

Apa Lagi Yang PKR Tak Puas Hati???

Entah apa lagi yang Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak puas hati dengan dengan Barisan Nasional (BN). Setiap tindakan yang diambil pasti akan menjadi masalah kepada PKR, meski pun BN telah mengikut segala kehendak parti Keadilan itu.

Kali ini isu kad prabayar sekali lagi timbul… Selepas kerajaan telah meghapuskan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap kad prabayar. Namun masih ada mulut longkang yang mempersoalkan tindakan tersebut.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dikatakan tidak berpuas hati apabila kerajaan menghapuskan GST terhadap kad prabayar dan menggantikannya dengan rebat bagi tempoh sepanjang setahun.

Menurutnya, itu semua adalah satu taktik bersih mahu mengambil hati, dan cara kerajaan dan syarikat telco mengalihkan perhatian rakyat. Dia juga mendakwa kerajaan hanya mahu meredakan kemarahan rakyat .

“Penyelesaian ini hanyalah satu penyelesaian yang sementara sahaja. Kami percaya ini adalah satu ‘compromise’ antara Kerajaan dan telco, yang cuba menenangkan kemarahan rakyat terhadap janji kerajaan yang tidak ditepati.

“Selepas setahun, apabila rakyat sudah lali dengan GST, rebat tersebut akan ditarik balik dan GST 6 peratus akan kembali ke atas kad pra-bayar telco,” kata Sim.

Tambah Sim, mereka telah menganggap kerajaan sebenarnya gagal untuk menyelesaikan masalah kad prabayar. Kerajaan dituduh pengecut kerana tidak berani mengambil risiko dan lari dari menghadapi masalah.

“Adakah tidak ada menteri yang berani mengumumkan penyelesaian ini kepada rakyat? Adakah mereka takut rakyat marah ke atas mereka kerana ini adalah satu penyelesaian sementara?” soal Sim.

Penyelesaian sementara atau PKR yang sebenarnya tidak boleh terima kenyataan atas keputusan yang diambil kerajaan?? Kemudian menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas isu yang berbangkit.

Tambahnya, keputusan tersebut langsung tidak adil bagi golongan yang berpendapatan rendah, golongan pesara dan masyarakat muda. Ehhhhhh, bila dah bagi betis nak peha pulak dorang ni kan. Kalau dah tak mampu sangat, tak payah topap ler…. Setakat 30 sen dan 60 sen je apa la sangat.

Kalau kat negara luar lagi tinggi kadar GST yang dorang kenakan terhadap rakyat tau! Korang patut bersyukur sebab kerajaan kenakan 6 peratus je cukai GST. Jangan nak tunjuk pandai sangat kata macam-macam yerrr.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment