Thursday, January 07, 2016
Penyokong Pakatan Anggap Anwar Umpama DEWA...
Terlalu tinggi dan terlalu banyak jasa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim
sehingga tidak terkira dengan mesin kira-kira… Naik error terus.. Haha!
Oleh disebabkan jasa pengorbanan Anwar terhadap negara terlalu tinggi
menggunung. Jadi aktivis reformasi dan beberapa Badan Bukan Kerajaan
(NGO), mahu mencalonkan Anwar dalam Anugerah Tokoh Keamanan Nobel 2016.
Hahahahah…. Macam kelakar la pulak!
Tinggi sangat tu impian dorang… Layak ke si peliwat tu nak tercalon
dalam anugerah Nobel?? Macam tak sesuai je kan. Dan yang paling kelakar,
para aktivis dan NGO siap nak adakan satu kempen semata-mata nak
tunjukkan sokongan terhadap pencalonan tersebut. Eshhhh... Memalukan
betoi, bukan sebab apa tapi sebab memang tak layak pun Bang Non nak
dapat anugerah tu.
Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib berkata, Anwar banyak berjasa
kepada rakyat kerana dia menjadi kepala dalam menyatukan rakyat.
Tambahnya, Anwar mencetuskan fenomena kesedaran dalam diri golongan
muda, mengajak mereka untuk terjebak dalam agenda reformasi protes
jalanan.
Hahaaaa… Macam ni ke tokoh yang patut disanjungi?? Ajak anak muda buat
gila dalam demontrasi dan protes?? Mengajak golongan muda buang masa,
tidur, lepak, kencing dan rosakkan harta benda awam. Macam tu ke tokoh??
Yela betul, macam ni la cara peliwat mengajak orang ramai untuk menjadi
‘tokoh’ seperti dia. Kemudian mengaku dirinya menjadi punca kepada
suburnya proses dan amalan demokrasi. Yang paling best, dorang cakap
Anwar lah yang menguatkan barisan pembangkang.
“Anwar turut berperanan dalam meluaskan perkongsian rakyat terhadap
prinsip dan nilai-nilai unggul seperti keadilan untuk semua, tatakelola
yang baik dan telus, bebas dari rasuah dan salah guna kuasa serta
penyelewengan.
“Anwar juga memainkan peranan menerajui Reformasi sama ada di dalam atau
di luar penjara dengan permuafakatan pembangkang secara aman,” katanya.
Sebenarnya orang ramai dah tak perlukan khidmat Anwar dari dalam penjara
tu lagi dah. Anwar tu je perasan dirinya masih lagi penting. Padahal
takde siapa pun peduli tentang nasib dia dalam penjara, melainkan
keluarganya sendiri.
Tetiba, macai-macai PKR mengaku konon Anwar ni korbankan jiwa dan
raganya semata-mata demi kesejahteraan dan keamanan negara. Membawa nama
kemanusiaan yang berprinsipkan keadilan agama Islam. Konon dia ni
berhati mulia laaaa. Coihhhh! Nak termuntahkita mendengarnya...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment