Thursday, January 07, 2016
Nik Amar Mahu PAS Bersama DAP???
Apa sudah jadi dengan Naib Presiden Pas, Datuk Nik Mohd Amar Nik
Abdullah ini?? Mengapa beliau tidak mahu mana-mana pihak menimbulkan
lagi isu Pas dan Umno untuk bersama??
Adakah Nik Amar menyokong penuh keputusan Pas dan Umno untuk tidak
bersama?? Adakah Nik Amar mempunyai rancangan lain, seperti mahu Pas
bergabung dengan parti cina kiasu DAP??
Jika benar Nik Amar sayangkan umat Melayu/Islam di negara ini, sudah
pasti beliau menyokong Pas untuk bersama Umno dan berusaha untuk membawa
pertalian perpaduan antara dua parti Melayu/Islam ini terjalin.
Namun apa yang mengecewakan, Nik Amar telah memberikan peringatan awal
kepada semua pihak untuk tidak menimbulkan, mahupun memainkan isu
gabungan antara parti Islam itu dan Umno.
Malah, apa yang mengecewakan lagi, Nik Amar memaklumkan Pas hanya
bersama PKR buat masa kini, kerana Pas sudah lama menjalinkan kerjasama
dengan parti itu dan tidak sama sekali akan bersama Umno.
Mungkin Nik Amar lupa, tindakan beliau bersama PKR itu membuatkan ramai
umat Melayu tidak menyokong dirinya... Ini kerana umat Melayu tahu PKR
dan Parti Amanah Negara (PAN) merupakan agen kepada DAP.
Jika Nik Amar mahu Pas untuk terus bersama dengan PKR sahaja, itu
bermakna Pas juga bersengkokol untuk bersama DAP untuk melihat umat
Melayu di negara ini terus berpecah.
Umat Melayu tahu, DAP merupakan 'abang long' dalam gabungan Pakatan
Harapan (PH), dimana parti cina kiasu itu sedang giat memecah-belahkan
umat Melayu... Tengok sajalah bagaimana parti cina kiasu itu berjaya
memecah-belahkan ahli dan pemimpin Pas.
Justeru itu, adakah perpecahan Pas yang disebabkan DAP itu, Nik Amar
masih buta sehingga hari ini?? Andai Nik Amar masih buta dengan tindakan
DAP itu, rasanya lebih baik keluar Pas dan sertai parti Mat Sabu saja!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment