Thursday, January 07, 2016
Penerimaan KR1M Seperti 'Pisang Goreng Cheese'
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak, kerana telah memperkenalkan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)
bagi membantu mengurang beban perbelanjaan rakyat di negara ini.
KR1M yang kononnya sering dimainkan media pembangkang sebagai satu skim
yang tidak memberi faedah kepada rakyat, dan hanya menguntungkan
kroni-kroni kerajaan disangkal sama sekali pada hari ini.
Selain itu, pembangkang yang sering mendakwa KR1M hanya menawarkan
barangan yang layak untuk disajikan kepada binatang juga turut disangkal
sama sekali.
Walaupun pelancaran KR1M ini lebih disasarkan kepada golongan
berpendapatan rendah, namun pelancaran KR1M ini dilihat menjadi pilihan
utama rakyat dan sambutan terhadap kedai terbabit ibarat 'pisang goreng
cheese'.
Perkara ini disahkan oleh Pembantu Pengurusan KR1M cawangan Pusat
Transformasi Bandar (UTC) Keramat, Muhammad Syamsul Kamal berdasarkan
permintaan yang tinggi terhadap barangan keperluan asas seperti minyak,
tepung dan gula.
Malah, dengan permintaan yang tinggi daripada barang-barang tersebut,
KR1M dibawah jagaannya juga memperolehi hasil jualan melebihi RM100,000
sebulan... Ini jelas menunjukkan kedai yang diperkenalkan Perdana
Menteri pada 2 tahun lalu, sedikit sebanyak membantu rakyat di negara
ini.
Seterusnya, dengan jumlah hasil jualan melebih RM100,000 sebulan juga
membuktikan, barangan yang dijual di kedai KR1M terbabit berkualiti sama
seperti yang dijual pasaraya-pasaraya lain.
Oleh demikian, apa yang diharapkan adalah, Najib dapat meluaskan lagi
pelaksanaan KR1M keseluruh Malaysia, kerana ia memberi makna besar
kepada rakyat yang mahu mengurangkan beban perbelanjaan rumah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment