Thursday, January 07, 2016

Rakyat Indonesia Tak Payah Masuk Campur Urusan Politik Malaysia

Aktivis Indonesia, Mugiyanto Sipin mendakwa dia tidak dibenarkan masuk ke negara ini kerana pihak kerajaan Malaysia tidak membenarkan orang asing bercakap mengenai politik.

Dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengahari tadi sebaik saja tiba dan dihantar pulang semula ke Indonesia.

“Sewaktu saya tiba di KLIA, saya telah ditahan Imigresen dan tiga orang polis telah berjumpa dengan saya dan dibawa ke satu bilik tahanan.

“Ketika di dalam bilik tahanan, seramai tujuh hingga lapan polis telah menunggu saya. “Polis menahan saya disebabkan mendapat aduan daripada pengguna sosial di Twitter dan Facebook yang mendakwa saya akan bercakap mengenai politik dalam satu forum di Malaysia.

“Saya turut menerima maklumat itu kerana aduan daripada orang yang saya tidak kenali itu turut di tag di Twitter saya dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebelum saya tiba di Malaysia,” katanya ketika dihubungi BERSIH 2.0 di hadapan wartawan.

Mugiyanto berkata, polis juga telah memberi arahan kepadanya supaya tidak menghadiri forum anjuran BERSIH 2.0 itu.

“Sewaktu saya ditahan, saya telah menanyakan sebab apa saya ditahan. Polis memberitahu mereka telah mendapat maklumat yang saya tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

“Polis juga memberitahu orang luar tidak dibernarkan untuk bercakap mengenai politik,” katanya. BERSIH 2.0 dalam satu sidang media sebelum ini memaklumkan Mugiyanto telah ditahan pihak Imigresen dan polis pada jam 12.30 tengahari di KLIA.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment