Sunday, January 10, 2016

Pakatan Harap : Tak Banyak Beza, Calon PM Masih Peliwat

EDITOR MENULIS...
10 JANUARI 2016
Persidangan_Pakatan_Harapan_1
Hanya orang bodoh saja memandang penubuhan Pakatan Harap hari ini ada beza dengan Pakatan Rakyat yang dulu.  Selain nama tukar sikit dan kemasukan parti serpihan PAS, PAN, tidak ada apa yang berbeza dengan dulu. Azizah masih disitu, Lim anak beranak masih disitu, Mat Sabu masih disitu dan paling utama, pesalah liwat yang sudah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah, masih calon PM.

Macam dah takde orang lain.

Gerak kerja pun saya yakin masih sama, adu domba, rasis dan tanam politik kebencian. Ini tak akan berubah, pakat apa pun lah. Cakap pasal calon PM tu, eloklah PAS tidak bersama sebab dulu Mahkamah tak sabit lagi, sekarang mahkamah dah sabit dah, apalah rupanya nanti menyokong orang rosak moral jadi Perdana Menteri.

BN mungkin bukan parti yang sempurna, tapi kita tak tawar peliwat jadi Perdana Menteri.  

Banyak beza tu, sebab ia serupa menjenayahkan negara saja letak orang macam ini di tampuk kuasa.  Belum ada negara yang buat, kita pulak jangan jadi yang pertama.

Cuma yang kita masih kabur lagi ni sama ada dalam pilihanraya nanti adakah Pakatan Harap ini akan jadi entiti yang sah dan bertanding satu sama satu dengan BN atau macam mana?  Kalau jadi, baguslah, kita lipat semua sekali sama, kalau tak jadi, pun sama bagus, maksudnya memang betul lah ini semua hanya sandiwara saja.

Saya difahamkan, perjanjian/pelancaran Pakatan baru ini dibuat sekarang (umum dah beberapa bulan sebelum), untuk menyediakan puak-puak kera ini dengan pilihanraya negeri Sarawak yang tak berapa lama lagi.  Amat penting untuk semua sekali, terutama DAP, menjenamakan semula Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya negeri berlangsung.

Tapi bagaimana PAS di Selangor selepas ini?  Itu persoalan yang masih jadi tandatanya.


Logiknya selepas perjanjian ini ditandatangan, PAS sudah jadi musuh sebab sudah ada PAN sebagai ganti, dan apakah gunanya perjanjian kalau masih bekerjasama dengan musuh?  

Ini satu lagi perkembangan menarik, nak menilai sejauh mana puak ini ada kredebiliti sebagai sebuah entiti.  Sekarang pun dah berebut kerusi ahli majlis, bagi 8 nak lebih pulak.

Saya bagaimanapun melihat, perjanjian ini hanya akan memudahkan UMNO.  Persaingan 3 penjuru hampir pasti berlaku, terutama di kawasan Melayu dalam PRU14 nanti.  Dalam PRU13, di sebalik dakwaan berpakat, PAS dan PKR bertanding sesama sendiri di 5 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen, hasilnya, mereka kalah di semua kerusi-kerusi tersebut dan BN/UMNO menang, bukan sebab apa pun tapi sebab mereka pecah sesama sendiri.

Akan datang, lebih dari ini baguslah, jadi terima kasih sebab mudahkan kerja....

Fikir-fikirkanlah...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzVudmZWdCrMA9dc2Qu1fh6XZi4W1MmA7Gur9jv8OvbLD9TImEMP-GDLX1OtR4WNRoFEJJqWQW7mjSvFbuceZEdyVmPU_B690RtOEzK-XcjI-uGHYCBY-YPyca_ri0YyYyVwfomb7Vv2A/s1600/Debat+8.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment