Sunday, January 10, 2016
Kempunan Nak Jadi Perdana Menteri Umur 40 Tahun Ya!!
EDITOR MENULIS...
10 JANUARI 2016
Sekitar 10 tahun (atau lebih) yang dulu,
ada seorang anak muda dikatakan memasang impian untuk menjadi Perdana
Menteri sebelum usianya 40 tahun. Saya tak ingat siapa yang
membocorkan perkara ini tapi dah lama lah cerita ni berlegar, tuan punya
badan pun tak pernah nafikan, anggap betul sajalah tu.
Mungkin teruja mertuanya ketika itu
dapat jadi orang nombor satu dan menang besar dalam PRU2004,
membuatkannya memasang impian tinggi gunung sedemikian.
Untuk pengetahuan semua, hari ini dia
sudah pun berusia 40 tahun dan Perdana Menteri kita masih lagi Datuk
Seri Najib Tun Razak, bukan dia, kesian sungguh.
Ironinya, Najib pun tak lama lagi nak
sambut ulang tahun 40 tahun penglibatannya dalam politik, dalam maksud
lain, Najib dah bergelumang dalam politik ketika orang ini belum putus
pun tali pusatnya.
Tanam cita-cita tak salah, yang jadi
masalah ialah, sepanjang proses nak merealisasikan hasrat tak masuk akal
itu, dia dikaitkan dengan banyak kerosakan yang telah dilakukannya
kepada UMNO dan BN. Bermula dari merudumnya prestasi BN pada 2008
berbanding kejayaan besar 2004, telah membuka peluang kepada pembangkang
mengembangkan sayap terutama dikalangan bukan Melayu sehingga memberi
kesan sampai sekarang.
Dakwaan campur tangan dalam urusan
kerajaan ketika dia tidak mempunyai apa-apa jawatan dan sebagainya telah
banyak mencipta persepsi buruk rakyat terhadap BN. Sikap bermuka-muka
terutama dalam isu berkaitan kos sara hidup dikatakan begitu menyerlah
sekali.
Hari ini ramai memandang dialah jaguh, terlupa dulu masa mertua
naik minyak RM 2.70/liter – tertinggi dalam sejarah negara pada 2008,
apa komen dia pasal kos sara hidup?
Takde apa pun, semua baik saja.
Pernah dikatakan satu ketika, penguasaan
UMNO dalam beberapa syarikat media utama digunakan untuk kepentingannya
sahaja. Habis semua yang tak sebulu diburuk-burukkan dalam berita
utama dan sebagainya.
Manifestasi kepada kemarahan itu
memuncak pada 2009 bila dia menang pertandingan jawatan Pemuda,
perwakilan pakat boo ramai-ramai. Orang mungkin lupa tapi saya belum
lagi.
Sebab, hipokrasi itu dilihat seolah-olah
berterusan sehingga kini, tak hairan kenapa dia dikaitkan dengan
beberapa gerakan untuk menumbangkan kepimpinan Najib dari dalam,
termasuk dikatakan cuba memalukan Najib dalam perhimpunan Agung UMNO
yang baru lepas.
Tanya dia, mati hidup balik tak mengaku
tapi penafian itu dilihat ramai sekadar kata-kata sajalah kerana
penglibatan orang-orang kanannya dalam gerakan itu begitu ketara sekali.
Sehinggakan dalam mesyuarat yang sepatutnya membincangkan persediaan
menghadapi pilihanraya kecil pun di dakwa bertukar jadi mesyuarat macam
mana nak guling Najib!!
Suruh pimpin pergerakan anak muda
menyokong BN/UMNO, dah nampak jadi macam menyokong dia sorang pulak saja
dah. Kalau dia tu solid menyokong semua keputusan kerajaan tak apalah
jugak, ini dia duduk dalam mesyuarat kabinet yang meluluskan keputusan
tersebut, dia jugak yang kemudian menghentam di luar.
Apa benda macam itu tu?
Maka tak hairanlah kenapa impian itu
hanya tinggal impian, lain kali kalau nak sampai ke puncak, jangan pijak
kepala orang, nanti orang pijak kepala kita balik.
p/s Artikel ini tidak ada kaitan sama
sekali dengan kedudukan saya sebagai penyokong kuat Perdana Menteri.
Berbuku dalam hati ni dah lama, lama sebelum Najib jadi Perdana Menteri
pun, cuma nak tunggu ‘tarikh keramat’ ini sahaja datang, harap maklum.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment