Sunday, January 10, 2016

Guan Eng Lebih Sesuai Jadi Presiden PAN?

IMG_3809
Kata si Mat Sabu, Guan Eng ini lebih banyak bantu melayu berbanding UMNO.  Dalam situasi dimana takrifan Melayu mengikut perlembagaan turut membawa maksud seorang yang mengamalkan adat istiadat Melayu dan agamanya Islam, cakap Mat Sabu ini juga sama makna bahawa Guan Eng lebih baik bantu umat Islam berbanding UMNO.

Setuju ke semua cakap Mat Sabu tu?

Agaknya apa pencapaian yang dikata lebih dari UMNO tu?  Ramai dah ke usahawan Melayu, ramai dah ke cerdik pandai Melayu yang Guan Eng hasilkan?  Kita rasa Guan Eng sendiri pun taknak mengaku dia lebih banyak tolong Melayu sebab DAP sebuah parti yang tak percaya dengan keunggulan satu kaum ni.
http://4.bp.blogspot.com/-CVdzq3z7ShY/VXLkBiJJmrI/AAAAAAAAueo/v5KVey-v1TI/s1600/maxresdefault.jpg
Tak pasal pengundi tradisi DAP (orang cina) yang akan mengundi parti itu sekalipun Guan Eng letak bayang-bayangnya jadi calon, lari ramai-ramai pulak nanti.

UMNO pun sebenarnya tak percaya keunggulan satu kaum, UMNO percaya semua parti yang berasaskan kaum tertentu mesti bekerjasama dalam satu kumpulan sebab itu yang bertanding dalam pilihanraya bukan UMNO tapi BN – sebuah parti berbilang kaum.

Setakat setahun sekali bantu masjid dan surau tu belum 1% pun dikata bantu Melayu dan Islam, banding dengan apa yang UMNO dah buat, macam langit dengan bumi.  Cakap pasal bumi, baru Melayu, belum Bumiputera.  Cerita bab ini kalu, lagi jauh tinggal belakang.

Yang kita dengar sekarang, Melayu di Pulau Pinang mengadu di anak tiri, nak kata diskriminasi kang, mungkin sakit hati walaupun itu mungkin lebih tepat.  Ada penduduk kampung Melayu nak dihalau keluar dari tanah, peniaga kecil Melayu kena halau memanjang banding dengan peniaga kecil bangsa lain – bukak gerai tengah jalan pun dianggap tak menggangu lalu lintas.

Ini semua rungutan-rungutan yang di dengar, jadi macam mana nak percaya cakap Mat Sabu?

Pun begitu, kalau Mat Sabu betul percaya dengan apa yang dia cakap kenapa tidak letak saja Guan Eng jadi Presiden PAN, Mat Sabu boleh kekal Pengerusi – itu baru boleh mula nak tolong Melayu- ada berani ke?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment