Monday, January 11, 2016
Alhamdulillah..... Paderi Koma 17 Bulan Peluk Islam
Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan
memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa
dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan “keindahan langit” (keindahan
syurga).
Laman web World News Daily Report dalam laporannya pada awal Okt 2014,
Eduardo Vincenzo Maria Gomez, 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah
menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun.
Beliau yang fasih berbahasa Jawa dan pelbagai dialek dari kumpulan etnik
yang berbeza pulau tersebut merupakan seorang tokoh terkenal dan ahli
agama yang sangat dihormati di antara semua kumpulan agama daerah
berkenaan.
Paderi Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh
dari tingkat dua gereja ketika sukarelawan dan penduduk tempatan
membantunya membaiki bumbung rumah ibadatnya itu.
Bagaimanapun sangat luar biasa, dia tidak mengalami sebarang kecederaan
serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah. “Beliau seorang yang
ajaib kerana tidak mengalami kecederaan tulang belakang dan akan boleh
berjalan segera.” Akui seorang doktor yang merawatnya di Metropolitan
Medical Centre Jakarta Selatan.
“Ini manusia terkuat berusia 80 tahun yang pernah saya lihat. Sepatutnya
tulangnya sudah remuk.” tambah Dr. Jim Won Mei lagi yang mempunyai
pengalaman dalam bidang perubatan selama dua puluh tahun.
Beliau, telah berjaya bertahan dan keluar daripada keadaan koma, serta menjadi seorang yang berbeza.
“Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca
Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya
terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat
kemunculan gerbang syurga yang berwarna keemas-emasan di hadapan saya
dan Tuhan memberitahu saya namanya dan ia adalah Allah,” kata bekas
paderi tersebut kepada wartawan Kalimantan Press.
Berita tentang keputusan Eduardo Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan
ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka
sudah menunjukkan minat untuk memeluk Islam.
“Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam
jalan yang sesat di hari penghakiman nanti. Saya percayakan Eduardo,
kami semua percayakan dia,” kata seorang pengikutnya.
Eduardo Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan telah mengarahkan
pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha
keras untuk mencari dana yang diperlukan bagi merealisasikan hasrat
tersebut. “Kami terhutang budi kepada Eduardo untuk semua yang telah
dilakukannya untuk kami.” jelas salah seorang pengikutnya dari Gereja
Katolik lama, yang sekarang telah dijual.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment