Monday, January 11, 2016
Bagus Dijadikan Contoh Yang Baik..... Mia Sara Ambil Keputusan Berhijab
PETALING JAYA : Pelakon kanak-kanak Mia Sara, 11, mengambil keputusan
bertudung sejak pulang dari menunaikan ibadah Umrah di Mekah pada tiga
minggu lalu.
Bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berkata, anaknya
meluahkan keinginan itu sebelum ke Mekah pada 21 Disember tahun lalu dan
hal tersebut mendapat sokongan baik oleh keluarganya.
"Nak diikutkan Mia berhasrat mahu bertudung sejak setahun lalu.
Lebih-lebih lagi apabila melihat semua keluarganya menutup aurat, dia
seorang sahaja yang tidak.
"Saya menyokong hasrat itu dan pada masa sama tidak memaksa kerana dia
masih lagi belum akil baligh," katanya yang dihubungi mStar Online pada
petang Ahad.
Bagaimanapun Ridhuan berharap agar Mia tidak dikritik memandangkan
anaknya itu masih lagi mengikat kontrak untuk beberapa drama yang
memerlukannya tidak bertudung.
"Sebelum ini Mia telah mengikat kontrak untuk beberapa siri drama yang memerlukan dia tidak bertudung.
"Oleh itu Mia akan tampil tanpa hijab untuk beberapa buah drama buat
masa ini. Saya harap, tiada yang menghentam. Apatah lagi niatnya ingin
berubah untuk menjadi seorang Islam yang baik, jadi biarlah dia melalui
proses belajar itu," ujarnya.
Dalam pada itu, kata Ridhuan, sekiranya selepas ini Mia kurang mendapat
tawaran kerana perubahan imej itu, dia dan anaknya sedia menerima
perkara itu dengan hati yang terbuka.
Malah Ridhuan yakin, niat baik anaknya mahu bertudung akan memberi
rahmat dan mungkin rezeki yang diberi bukan daripa bidang seni lakonan.
"Rezeki kita adalah daripada Allah, bukan manusia yang tentukan. Saya
percaya Mia sudah bersedia dengan segala kemungkinan," tuturnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mia bakal muncul menerusi
telefilem Supergame Boy pada Mac ini selain menjadi duta kepada produk
kesihatan Caliph Supplement.
Dalam pada itu Mia juga mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan tudung menerusi label miliknya, MS Couture.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment