Monday, January 11, 2016
DAP Memang Tak Boleh Di Tegur..... Pakatan Harapan Bertahan Selagi PAN, PKR Patuh Arahan DAP
Kestabilan pakatan pembangkang baharu yang dianggotai DAP, PKR dan PAN
adalah bergantung kepada pematuhan terhadap arahan parti yang paling
dominan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perjanjian yang
dibuat secara bertulis tidak semestinya menjamin ikatan konkrit antara
ketiga-tiga parti dalam pakatan tersebut.
Menurut beliau, DAP yang dilihat dominan dalam pakatan pembangkang
baharu itu mungkin menggunakan kelebihan berkenaan untuk menentukan
peraturan yang mesti dipatuhi parti-parti lain.
“Berdasarkan pengalaman PAS dalam pakatan pembangkang dahulu, tiada
perjanjian bertulis tetapi apabila wujud percanggahan, parti yang
menganggap pihaknya dominan akan menggunakan kelebihan itu.
“Jika parti itu melakukan kesilapan, tidak mengapa. Tetapi jika parti
lain buat keputusan atas kepentingannya sendiri maka parti tersebut pula
yang dianggap melanggar permuafakatan,” katanya.
Utusan melaporkan Takiyuddin mengulas tentang perjanjian kerjasama
politik ditandatangani DAP, PKR dan PAN Sabtu yang membolehkan mereka
menggugurkan mana-mana parti yang didapati melanggar serta tidak
menepati kerjasama dalam pakatan pembangkang.
Perjanjian dibuat susulan kerjasama politik menerusi pakatan sebelum ini
gagal ekoran PAS dan DAP masing-masing memutuskan hubungan kerana
perbezaan pendirian dalam isu-isu tertentu antaranya pelaksanaan hudud
dan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.
Beliau menambah, dominasi dalam pakatan pembangkang baharu itu juga
bergantung kepada kekuatan dan keanggotaan parti serta bilangan wakil
rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
Takiyuddin memberitahu, perjanjian tersebut tidak memberi sebarang kesan
terhadap Pas kerana parti itu tidak mempunyai kaitan dengan pakatan
pembangkang baharu.
“Kita akan terus bekerjasama dengan PKR. Perjanjian berkenaan tidak menjejaskan hubungan antara PAS dan PKR,” jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment