Monday, January 11, 2016

Semuanya Kerja Jahat Pembangkang Untuk Kelirukan Orang Ramai...... BNBBC Sangkal Dakwaan Malaysia Bakal Dijajah Amerika Menerusi TPPA

Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) menyangkal dakwaan bahawa Malaysia akan berada di bawah kongkongan atau 'jajahan' Amerika Syarikat (AS) sekiranya bersetuju memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bersama-sama 10 negara anggota lain.

Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, perkara tersebut tidak benar sama sekali dan sering dimomokkan pihak tidak bertanggungjawab yang tidak mahu melihat Malaysia menandatangani perjanjian berkenaan.

“Banyak momokan bahawa AS akan menjajah kita kononnya terdapat kekangan pada negara dan Parlimen serta kuasa Yang di-Pertuan Agong juga dikatakan akan tersekat.

“Tetapi mengikut perkiraan kita, tidak mungkin AS akan menjajah 11 negara anggota TPPA kerana semua negara berkenaan adalah negara yang merdeka, bebas dan berdaulat. 

Takkan ini bermakna Brunei juga akan dijajah,” katanya ketika ditemui selepas majlis penerangan TPPA peringkat negeri Johor.

Yang turut hadir, Menteri Perdaga­ngan Antarabangsa dan In­­dustri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; timbalannya, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pene­rangan, Koperasi dan Pembangunan Usahawan negeri, Md. Jais Sarday dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz.

Dalam pada itu, beliau berkata, langkah kerajaan mengadakan pe­nerangan TPPA secara terperinci di peringkat Parlimen diyakini mampu menghentikan sebarang tanggapan tidak tepat mengenainya.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru percaya, seminar yang turut dihadiri pemimpin pembangkang pada 12 Januari ini akan mendapat sokongan di peringkat Parlimen.

“Cuma apa yang berlaku sekarang, terlalu banyak momokan yang tidak tepat mengenai TPPA ini. Momokan ini sudah keterlaluan sehingga menimbulkan emosi,” katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment