Sunday, January 10, 2016
Pakatan Harapan Ikat Janji Kerjasama Politik Baharu
SHAH ALAM : Pakatan pembangkang mencipta sejarah tersendiri apabila
menandatangani perjanjian bersama antara tiga parti anggotanya bagi
membentuk kerjasama politik baharu.
Menggunakan nama baharu - Pakatan Harapan, pembentukan kerjasama itu
dilihat bakal bergerak dengan lebih tersusun mengikut tujuh prinsip
menerusi perjanjian 'hitam putih’ yang mengikat Parti Keadialan Rakyat
(PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Tujuh perjanjian berkenaan meliputi perkara asas iaitu prinsip dalam
membuat keputusan bersama, pembinaan kesatuan politik, prinsip
penyelesaian pertikaian, dasar bersama, perjalanan pilihan raya,
perjalanan kerajaan dan pembangkang dan keabsahan pakatan.
Perjanjian yang pertama kali dimeterai antara sekutu pembangkang itu
ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail;
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Perjanjian tersebut dibentang secara rasmi dalam persidangan pertama
Pakatan Harapan oleh Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli; Setiausaha
Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Organisasi
Amanah, Suhaizan Kaiat.
Pakatan Harapan dibentuk pada 22 September 2015 selepas persidangan meja bulat antara parti dan NGO pro-pembangkang kecuali PAS.
Ia susulan berkuburnya kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP dalam
Pakatan Rakyat pada Jun 2015 selepas ditubuhkan secara rasmi pada 2009.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment