Sunday, January 10, 2016

PAN Mahu Pilihanraya PBT Dihidupkan Semula.... Lagi Bangang Ikut Sangat Lim Guan Eng

SHAH ALAM : Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mahu Pakatan Harapan menghidupkan semula pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri-negeri naungan pembangkang.

Cadangan yang diilhamkan DAP itu sebelum ini dibantah PAS ketika masing-masing masih lagi memberi komitmen kepada gabungan Pakatan Rakyat.

"Kita harap agar hidupkan semula pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ianya untuk mengelakkkan nepotisme, pembaziran dan korup dikurangkan.

"Bila datuk bandar dipilih rakyat, maka dia bertanggungjawab kepada rakyat, dan bukan kepada parti.

"Parti dulu (PAS) amat tidak suka bila disuarakan mengenai pilihan raya PBT. Tapi kita PAN ini parti reformasi. Malah Islam juga meletakkan rahmat untuk semua," katanya ketika menyampaikan ucapan di Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan, di sini hari ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment