Thursday, January 07, 2016
PAN Memang Giler Kuasa.... Ahli Majlis PBT : Kerusi PAN Bukan Dari Kuota PAS...
Kisah berebut kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di
Selangor bertambah hangat selepas Parti Amanah Negara (PAN) diberikan
lapan kerusi daripada 34 yang dimintanya.
Bagaimanapun sekutu DAP dan PKR itu ternyata tidak puas hati selepas mendakwa bilangan tersebut 'sikit sangat'.
Bagi PAS... berapapun PAN dapat yang penting kouta Ahli Majlis PAS tidak terjejas.
Lebih penting lagi peruntukan lapan kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) kepada PAN bukanlah 'isyarat' PAS mengiktiraf parti
berkenaan.
Hal itu ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam satu kenyataannya, petang Rabu.
"Kerusi PAN bukan datang daripada kuota PAS. Bilangan Ahli Majlis PAS juga tidak berkurangan berbanding penggal sebelum ini.
"Fokus PAS adalah kepada ketua kampung kerana PAS mahu bilangan ketua
kampung PAS sekarang dikekalkan," katanya sebagai mengulas ketetapan
mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini yang memutuskan sebanyak lapan
kerusi ahli majlis PBT diberikan kepada PAN.
Senada dengan Iskandar adalah Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin
Othman yang percaya Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berada dalam dilema
dalam membuat keputusan berhubung pembahagian kerusi-kerusi tersebut.
"Walaupun PAS tidak mengiktiraf PAN dan tidak mempunyai sebarang
hubungan dengan PAN namun kami memahami dilema yang dihadapi oleh MB.
"Tetapi ini sama sekali tidak mengubah pendirian kami terhadap PAN yang
telah mengkhianati PAS dan sentiasa menyerang PAS," tegasnya.
PAS sebelum ini bertegas tidak akan mengurangkan jumlah kerusi ahli majlisnya terhadap PAN, yang merupakan serpihan parti itu.
Pembahagian tersebut tidak menjejaskan bahagian yang diperuntukkan
terhadap PAS, malah parti itu juga mendapat penambahan beberapa kerusi
hasil dari rundingan antara PAS, DAP dan PKR di dalam mesyuarat
tersebut.
Kerusi-kerusi ahli majlis PBT yang diberikan terhadap PAN adalah Sepang,
Kuala Langat, Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
Dalam pada itu PAN Selangor dalam satu kenyataan Rabu juga menyambut
baik keputusan pembahagian kerusi-kerusi tersebut, meskipun pada mulanya
menuntut sebanyak 34 kerusi.
"PAN Selangor akan meneruskan rundingan dengan pimpinan Kerajaan Pakatan
Harapan bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah tepat dan
bersesuaian bagi memastikan Pakatan Harapan terus kukuh di Selangor,"
demikian memetik kenyataan Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim.
Sementara itu, PAS mendapat penambahan kerusi PBT hasil rundingan parti
itu dengan DAP serta PKR ketika mesyuarat exco yang dipengerusikan
Menteri Besar, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali, pagi tadi.
Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie,
bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai berapakah jumlah
kerusi PBT terkini yang dimiliki tiga parti berkenaan kecuali PAN yang
mendapat lapan kerusi.
"PAS pun ada pertambahan kerusi sedikit. Jika tambah pun di antara dua
hingga empat kerusi. Tidak begitu banyak perbezaan sebab kami lihat
menstabilkan kerajaan itu lebih penting.
"Mereka (PAS) dah kurang satu kerusi exco, ok-lah. Ada ruang untuk kita
meluahkan perasaan tidak puas hati, namun dalam masa sama kita kena
terima kelebihan dan kekurangan.
"Walaupun mungkin sebelum ini PAS agak keras dengan tidak mahu beri
kerusi, namun kena beri kredit kepada PAS sebab mereka juga ada
melakukan tolak-ansur untuk kebaikan kerajaan negeri," katanya ketika
ditemui pemberita di luar Pejabat Menteri Besar Selangor, tengah hari
Rabu.
Pada penggal lalu, PKR diperuntukkan 120 kerusi diikuti DAP (92) dan PAS (67).
"PKR dari kerusi berkurang kepada sekitar 101 kerusi. Memang banyak,
tetapi jika itulah proses yang kita jalankan, dan jika itu harga yang
perlu bayar (maka) kita bayarlah.
"DAP pun ada juga berikan beberapa kerusi. Jika ikutkan mereka mendapat
satu per tiga daripada perjanjian terdahulu, namun mereka juga bersedia
bertolak-ansur. Ada beberapa kerusi yang diberikan kepada parti lain,"
katanya lagi.
Sebelum ini PAN mengemukakan permohonan sebanyak 34 kerusi ahli majlis PBT Selangor dengan dua ahli majlis di setiap PBT.
PAS pula bertegas untuk tidak mahu memberi sebarang kerusinya kepada PAN.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment