Thursday, January 07, 2016
Padah Sendiri Tanggunglah..... Penjaja Jadi 'Pengiring VIP'
KUALA LUMPUR : Malang akhirnya menimpa dua anggota polis trafik palsu yang melakukan perkhidmatan sebagai 'pengiring konvoi VIP'.
Kedua-dua lelaki iaitu peniaga kuey teow goreng dan seorang pengawal keselamatan kini ditahan reman sehingga Jumaat.
Ketua Polis Trafik KL, Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata polis
masih menyiasat sejauh mana operasi pasangan itu "mengiringi" konvoi VIP
kereta mewah di bandar.
"Kami mengesyaki mereka telah menyamar sebagai anggota polis untuk
beberapa tempoh yang agak lama. Kita perlu masa untuk siasat ke akar
umbi," katanya pada Rabu.
ACP Mohd Nadzri berkata polis sedang mengenal pasti pesalah-pesalah lain
yang terlibat dalam penipuan itu, termasuk mereka yang dipanggil VIP.
Dalam kejadian kira-kira 7 petang Selasa, dua lelaki berusia 38 tahun
terbabit ditahan ketika sedang mengiringi tiga buah kenderaan mewah
dipercayai milik orang kenamaan.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S.
Markandan berkata kedua-dua suspek itu menunggang motosikal berkuasa
tinggi jenis Honda CBX 750, yang menyerupai motosikal milik anggota
polis trafik.
"Mereka ini menjalankan tugas seperti anggota polis trafik dengan meminta pengguna jalan raya memberi laluan kepada mereka.
"Suspek turut memakai jaket dan topi keledar yang sama digunakan oleh anggota polis trafik," katanya.
Markandan berkata siasatan awal mendapati suspek menjalankan kegiatan itu dengan menerima bayaran daripada pihak tertentu.
"Kedua-dua suspek ini bekerja sendiri dan kegiatan ini dilakukan sebagai kegiatan sampingan mereka," katanya.
Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati kedua-dua suspek membeli
motosikal polis trafik yang telah dilelong daripada pihak ketiga dengan
harga RM9,000 sebuah.
"Mereka menggunakan motosikal sama seperti digunakan anggota trafik. Ini
salah di sisi undang-undang, kita akan soal siasat mereka," katanya,
sambil menambah pihaknya masih menyiasat sejak bila kedua-dua suspek
menjalankan kegiatan itu.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana
menyamar sebagai anggota polis yang membawa hukuman penjara maksimum dua
tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment