Thursday, January 07, 2016
Lantang Bersuara Di Facebook, Ayda Jebat Anti Najib?
Siapa yang tidak kenal pelakon kecik molek, Ayda Jebat? Meskipun kurang
menyerlah ketika menyertai Akademi Fantasia, populariti yang dikecapi
selepas membintangi drama Rindu Awak 200% jelas membuktikan dia telah
diterima ramai.
Malah, percaturannya menerusi single Siapa Diriku turut membuahkan hasil
apabila berjaya mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan dan
sering diputar di kebanyakan stesen radio.
Bagaimanapun kebelakangan ini, timbul tanda tanya ramai apabila Ayda
dilihat sering memuatnaik berita atau laporan blog berkaitan isu politik
yang tidak diketahui kesahihannya menerusi laman Facebook.
Apa yang jelas, berita dan laporan blog yang dikongsikan itu berbau anti
kerajaan termasuk mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Antara entri yang dimuat naik adalah satu artikel bertajuk ‘Bebaskan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dari Cengkaman Najib’.
Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Facebook atas nama
‘Ayda Jebat’ yang mempunyai 122,927 Likes, benar-benar milik atau
dikendalikan sendiri selebriti kelahiran Melaka ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment