Thursday, January 07, 2016
Itu Masih Lagi Pada Politik PKR..... PAS Tidak Iktiraf Ahli Majlis PBT Amanah
SHAH ALAM : Pas Selangor kekal pendirian untuk tidak mengiktiraf
lantikan lapan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada Parti
Amanah Negara (Amanah).
Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abd Samad berkata, walaupun wakil Amanah
dipilih sebagai ahli majlis PBT namun Pas tetap dengan pendirian untuk
tidak mengiktiraf parti terbabit.
"Kerusi Amanah bukan datang daripada kuota Pas malah ahli majlis Pas juga tidak berkurangan berbanding penggal sebelum ini.
"Fokus Pas ialah kepada ketua kampung kerana Pas mahu bilangan ketua kampung sekarang dikekalkan," katanya.
Terdahulu, hasil perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(MMKN) yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali hari ini mengumumkan lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa
tempatan (PBT) dibahagikan kepada wakil Amanah hasil persetujuan antara
PKR, Pas dan DAP.
Ekoran keputusan itu, Amanah Selangor turut melahirkan rasa tidak
berpuas hati dengan bilangan diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor
kepada parti itu untuk mengisi jawatan ahli majlis PBT.
Pengerusinya, Izham Hashim masih menyimpan harapan untuk meneruskan
rundingan dengan pimpinan Pakatan Harapan dan berharap berlaku
pertambahan kerusi kepada ahli majlis Amanah.
Sementara itu, Iskandar sebelum ini turut menegaskan pihaknya tidak akan
memberi laluan kepada Amanah untuk mendapatkan kuota ahli majlis kerana
ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan ahli Pas di peringkat akar
umbi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment