Sunday, January 10, 2016

PAN Mengidam Kerusi Exco di Selangor Pulak...

Baru setahun jagung... parti yang diibaratkan 'reban kosong' kerana mempunyai ramai pemimpin tapi tak ada pengikut Parti Amanah Negara (PAN) mengidam diberikan kerusi Exco di Selangor.

PAN kini mempunyai dua bekas ADUN PAS yang melompat parti iaitu ADUN Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharudin.

Menurut Pengerusi PAN Selangor Izham Hashim parti tersebut bersedia menerima kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor, sekiranya mendapat tawaran semikian.

“Kalau dia hendak bagi, kita terimalah,” kata Izham Hashim dalam sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, Jumaat.

Sebelum ini, timbul pertikaian berhubung kedudukan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor, apabila PAN meminta 34 kerusi diperuntukkan kepada mereka.

Bagaimanapun, mesyuarat exco baru-baru ini memutuskan untuk memberi hanya lapan kerusi ahli majlis PBT kepada PAN, yang kemudiannya ditambah dua lagi, selepas mesyuarat tersebut.

Izham sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan meminta jumlah kerusi itu ditambah. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment